`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, January 8, 2013

BUKAN SALAH LAJIM, TAPI AZIZAH



Saudara Pengarang,

SUKACITA saya ingin merujuk kepada artikel yang bertajuk 'Masih Ada Rakyat Yang Merempat di Sabah?' siaran Sabahkini.net. Sebagai penduduk Kg Kukut Beaufort saya terpaksa menjelaskan beberapa kenyataan yang tidak logik kerana mempersalahkan secara total Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin.

Semua orang sedia maklum, bahawa Lajim bukan lagi Wakil Rakyat BN. Sehubungan itu amatlah tidak wajar jika hanya Lajim yang dipersalahkan sedangkan DUN Klias diwakili oleh seorang menteri Kabinet yang memegang potfolio Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Pengguna Negeri Sabah.
Oleh itu, masyarakat Kg Kukut amat tidak senang dengan kenyataan ini kerana ini sekali gus menggambarkan bahawa kami mundur dan tidak berperi kemanusiaan.

Untuk makluman semua, masyarakat Kg Kukut semakin maju selama Lajim menjadi Wakil Rakyat. Pelbagai pembangunan telah dibawa oleh Lajim di Kg Kukut.

Maka amatlah tidak wajar jika pengadu, Laimin Suganding meletakkan segala masalah yang beliau hadapi di atas batu jemala Lajim semata-mata.

Selama satu penggal Datuk Hajjah Azizah Mohd Dun menjadi Adun Klias, pembangunan di Kg Kukut yang diperjuangkannya amat tipis dan seolah-olah dipinggirkan sama sekali.

Berbalik kepada soal rumah PPRT yang dipohon oleh Laimin itu sewajarnya diajukan kepada Azizah dan bukannya kepada Lajim. Jadi di manakah logiknya mempersalahkan Lajim?

Menurut artikel tersebut juga, beliau merupakan pengundi Libaran dan untuk makluman semua, Laimin kini telah berpindah ke Lawas, Sarawak.

Sebelum ini, Laimin pernah menyerahkan anaknya untuk 'dijual' dengan harga sebuah rumah kediaman dengan penduduk sekitar dan akibat tuntutan melampau itu, mereka telah menyerahkan anak tersebut kepada seorang peniaga Cina di Lawas dan mereka berpindah ke Lawas beberapa minggu yang lalu.

Untuk makluman juga, mereka tinggal di gerai itu pada mulanya hanyalah untuk berniaga, tapi akibat pertengkaran dengan keluarga isteri, maka mereka sendiri yang bertindak demikian walhal keluarga mereka telah mendapat bantuan rumah PPRT di belakang rumah Lajim.

Salam Hormat,

ROZLAN ABI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.