`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, January 19, 2013

Cincin Rosmah. Dulu lain, sekarang lain!



Datin Seri Rosmah Mansor mengatakan beliau boleh bersumpah dengan nama Allah beliau tidak pernah memiliki cincin bernilai RM24 juta seperti didakwa pembangkang dua tahun lalu.
Akan tetapi, isteri kepada perdana menteri itu mengakui beliau pernah melihat cincin tersebut dalam majlis ucapan makan malam untuk veteran tentera di Kementerian Pertahanan disini malam tadi.
“Saya berani bersumpah, saya berani bersumpah dengan nama Allah bahawa saya tidak pernah mempunyai cincin tersebut ditangan saya.
“Sebaliknya, cincin tersebut dipamerkan kepada mereka yang mempunyai wang. Saya tidak mempunyai wang, jadi saya hanya meliahat (dan merasakan) ianya benar-benar cantik, itu saja,” katanya dalam ucapan yang disiarkan di laman Youtube oleh portal berita KLPos.
Rosmah tidak memberitahu secara spesifik cincin mana yang beliau maksudkan akan tetapi dipercayai beliau merujuj kepada bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin pada 2011.Badrul Hisham membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu beliau menerima maklumat cincin beharga RM24,458,400 diterbangkan ke Kuala Lumpur dan Rosmah adalah penerimanya.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menjelaskan kemudian walaupun cincin tersebut dibawa masuk ke dalam negara, ianya tidak dijual dan sudahpun dipulangkan kepada syarikat yang memilikinya.Rosmah selepas itu menafikan pertuduhan, meyatakan ianya adalah fitnah tetapi tidak pernah memberitahu sama ada beliau pernah melihat cincin itu sebelum ini.Rosmah turut mengatakan di majlis makan malam tersebut bahawa dirinya sudah menjadi sasaran nombor satu oleh pembangkang walaupun tidak menjadi ahli politik.“Saya tahu agenda pertama mereka adalah untuk menyerang Rosmah. Serang Rosmah, bukan orang lain, bukan Najib, tetapi serang Rosmah. Mereka menyerang isteri seseorang. Ini yang mengejutkan saya,” katanya.Seorang lelaki didengari menjerit “Kurang ajar!”
“Biarkan, biar mereka kata. Kita serahkan kepada tuhan. Kita serahkan kepada Allah. Jika mereka mahu membuat dosan, kita hanya perlu bersabar.
“Saya harap anda tidak terpengaruh dengan fitnah mereka…. Jika ada apa-apa isu, cakap dengan saya,” tambahnya.TMI
*********************************************************
Tu sekarang.
Sebelum ni cakap lain
Pendedahan yang dibuat oleh Utusan Malaysia itu, adalah merupakan pengakuan dari yang empunya badan iaitu Datin Seri Rosmah Mansor yang juga merupakan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia sebagai menjawab isu kontroversi berkenaan pembelian sebentuk cincin berlian yang bernilai USD24 Juta (RM73 Juta). Menurut Rosmah cincin tersebut dibeli hasil dari mengamalkan sikap menabung sejak kecil.
 
Samada masuk akal atau tidak jawapan yang diberi oleh Rosmah itu, terpulang kepada setiap individu masing-masing untuk membuat penilaian. Namun Minda Penulis berpandangan bahawa jawapan tersebut tidak boleh diterima oleh Minda Penulis.
 
Hasil pengiraan yang Minda Penulis buat berdasarkan usia Rosmah yang sekarang akan memasuki usia 60 tahun pada 10 Disember nanti, sekiranya nilai cincin tersebut adalah RM73 juta bermakna beliau perlu untuk menabung lebih dari RM1,216,666.66 selama setahun. Jika dibahagikan lagi dengan 12 bulan tempoh masa selama setahun, beliau perlu untuk menabung lebih dari RM101,388 sebulan. Dan untuk mendapatkan jumlah tersebut dalam tempoh selama sebulan (purata 30 hari), beliau perlu untuk menabung secara konsisten lebih dari RM3,379.62 (USD 1,111.11) sehari.
 
Untuk kiraan yang lebih mudah:-
  • USD24 Juta @ RM73 Juta / 60 tahun (usia) = USD400,000 @ RM1,216,666.66 setahun
  • USD400,000 @ RM1,216,666.66 (setahun) / 12 bulan  = USD33,333 @ RM101,388 sebulan
  • USD33,333 @ RM101,388 (sebulan) / 30 hari (purata sebulan) = USD1,111.11 @ RM3,379.62 sehari
Kiraan tersebut hanyalah berdasarkan nilaian yang perlu ditabung untuk membeli sebentuk cincin berlian sahaja belum lagi termasuk jumlah yang perlu ditabung untuk membeli keperluan yang lain.
 
Jadi pada pandangan Minda Penulis, jumlah tabungan sebanyak USD1,111,11 @ RM3,379.62 sehari adalah satu jumlah yang tidak masuk akal untuk berjaya diperolehi oleh sesiapa sahaja. Apatah lagi sekiranya seseorang itu yang datangnya dari keluarga berlatar belakangkan keluarga yang biasa. Dan itu adalah pandangan Minda Penulis. Tak tahulah pulak bagaimana dengan pandangan orang lain.  
 
Manakala persoalan samada wujudnya unsur penyelewengan wang rakyat, tak perlu rasanya Minda Penulis beri ulasan panjang kerana itu adalah di bawah bidang kuasa SPRM. Tetapi apa yang pastinya, Minda Penulis yakin dan percaya pihak SPRM tidak akan menjalankan siasatan berhubung isu kontroversi ini walaupun ada laporan dan aduan dibuat.
DULU LAIN SEKARANG LAIN! errr… tajuk je. Isi citer pasal lain. hahaha

- media perak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.