`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, January 5, 2013

'GOD OF THE GAMBLERS' KEBANGGAAN PKR?



Oleh : PAPPARAZZI SABAHKINI.NET

KETIKA menjalankan tugas khas ke luar daerah baru-baru ini, Paparazzi telah menemui beberapa orang kuat 'God Of The Gamblers', Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin; terutama 'Body Guard' yang bernama Obin yang ikut serta ke Christmas Island, Australia bersama Sabdin Ghani, Johnny Goh Chin Lok @ Johnny Goh, Datuk Kimjus Duin dengan penerbangan sewa khas RM80,000.

Lajim, Sabdin, Johnny dan Kimjus terbang ke Chrismas Island dengan jet sewa khas selepas menjual tanah milik anak syarikat Koperasi Pembangunan Desa di Australia untuk menemani Lajim berjudi di Kasino; sambil berlibur dengan wang habuan daripada Skandal Penjualan Harta KPD.
Mengikut maklumat yang Paparazzi terima daripada Obin dan beberapa pegawai kanan KPD, Lajim ke Australia untuk menyaksikan 'Management Buy Over' (MBO) sebuah anak syarikat KPD, kalau tidak silap, Benta Niaga Sdn Bhd yang mempunyai harta ratusan juta dollar di Australia; namun dijual pada harga antara RM40 hingga RM60 juta sahaja.

Tambah maklumat itu lagi, syarikat berkenaan dibeli oleh Mantan Pengurus Besar KPD, Dr Richard Gunting yang menamakan Datuk Sabdin Ghani sebagai proksi dengan jumlah saham (percuma) tertentu. Bagaimanapun Sabdin 'ditendang keluar' daripada syarikat berkenaan setelah semua saham habis dijual.

Dr Richard Sakian Gunting baru-baru ini mengisytiharkan diri keluar daripada UPKO (BN) dan menyertai Angkatan Perubahan Sabah (APS) pimpinan Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing. Richard berketurunan Murut itu pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Koko Malaysia, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Institut Pembangunan Sabah.

Paparazzi turut mendapat maklumat daripada Orang Kanan USIA (Pertubuhan Islam Seluruh Sabah) bahawa semasa Tun Sakaran menjadi Ketua Menteri 'Merry Go Round'; Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) diberi kawasan konsesi 'pre-log area' di Ulu Bole seluas 2,000 ekar.

Namun menurut maklumat dalaman USIA dan PBBS, Lajim telah menjual kawasan berkenaan kepada Pemilik Juta Hotel Keningau, Liew Kuat Kiong dengan harga RM3 juta iaitu RM 1,500 seekar.

Bagi menunjukkan 'keprihatinannya' sebagai 'Janang Gayuh', Lajim membuka Mini Market Bisaya dengan kos RM250,000 sahaja, namun beberapa bulan kemudian Mini Market berkenaan terpaksa ditutup kerana kekurangan modal pusingan dan salah urus.

Cerita yang Paparazzi paparkan ini sebagai permulaan sahaja iaitu yang berlaku di zaman UMNO kerana Presiden PBS, Datuk Joseph Pairin Kitingan mempunyai rahsia besar yang bakal didedahkan menjelang PRU-13 bagi memastikan Lajim kempunan menjadi Ketua Menteri Sabah.

Papparazzi sedang berusaha mendapatkan gambar eksklusif Lajim ditangkap berjudi di atas kapal pesiaran di perairan Sabah untuk tatapan pembaca Sabahkini.net.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.