`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, January 17, 2013

Inikah dia pendatang yang boleh mengundi di Sabah ?


Harakahdaily,17 Jan 2013

KUALA LUMPUR: Isu pendatang asing diberi kewarganegaraan supaya boleh mengundi menjadi hangat ekoran pendedahan yang dibuat oleh bekas orang kanan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Portal berita semalam melaporkan dua bekas orang kanan mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dikaitkan oleh saksi-saksi yang memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk jadi pengundi di Sabah.

Sehubungan itu, bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin mahu lebih ramai saksi tampil membuat pendedahan berhubung projek IC Sabah.
Beliau yang dihubungi Harakahdaily semalam berkata, pendedahan bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Mohd Nasir Sugip itu membuktikan sememangnya wujud penyelewengan dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah untuk tujuan mengundi.
Sementara itu, terdapat sebuah klip video di dalam Youtube bertajuk ‘Siapa kata mereka bukan pendatang asing yang diupah UMNO’ yang dicatatkan dipublishpada 6 Ogos 2012.

Dicatatkan juga SK Pekan Keningau 1995, mungkin ia merujuk kepada video itu dirakam di sekolah tersebut sewaktu pilihan raya.

Lihat http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=zBOhYGkEhio

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.