`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, January 15, 2013

JANGAN BERI KAMI PEMIMPIN NASI BUNGKUS!




Oleh : NOOR HALIM DATUK ZAINI

MAHKAMAH yang mengisytiharkan seseorang itu muflis, maka mahkamah itu juga yang akan mengisytiharkan seseorang itu terlepas dari muflis.

Merujuk pada artikel Sabahkini.net bertarikh 11 Januari 2013 bertajuk ‘Labuan Bankrupcy Case Fiasco’ di mana Datuk Yussof Mahal telah diisytiharkan bankrupsi oleh Mahkamah Tinggi Labuan pada 7 Augst 2012 dan sepatutnya beliau akan membuat rayuan pada bulan November pada tahun yang sama tetapi tidak ada berita lanjut mengenai perkembangan kes tersebut.
Tiba-tiba beliau mengatakan dia bebas dari bankrupsi dengan adanya surat dari Jabatan Insolvensi bertarikh 12 December 2012 yang mengisytiharkan beliau bebas dari bankrupsi mengikut Akta Bankrupsi 38 (1) (C) 1967.

Isu ini sangat mengugat kewibawaan beliau sebagai Wakil Rakyat bagi Pulau Labuan yang dianggap sebagai 'Nasi Bungkus' atau 'Tapau' dan ini juga memberi kesan negatif pada parti yang diwakili oleh beliau.

Hasil tinjauan dari beberapa pihak kurang senang dengan apa yang berlaku dan memohon beliau memberi laluan kepada kepimpinan baru yang mempunyai imej lebih baik dan seterusnya menyangkalkan Pulau Labuan ini ketandusan dengan pemimpin yag berkualiti.

Dari cerita-cerita di Kedai Kopi beberapa nama pemimpin UMNO telah disebut yang berpotensi menggantikan MP sekarang ini. Rozman Bin Datuk Hj. Isli nama yang hangat disebut berbanding dengan beberapa pemimpin tempatan UMNO yang lain.

Hasil tinjauan lanjut Rozman mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi dan beliau juga merupakan Setiausaha UMNO dan BN Labuan. Difahamkan juga beliau menyandang jawatan Pengerusi PERKEMA Sabah dan juga Naib Presiden PERKEMA Malaysia.

Pada pilihan raya yang lepas, Pulau Labuan adalah ‘Lubuk UMNO’ di mana calon-calonnya berjaya mendapat undi majoriti yang agak besar. Tetapi senario pilihanraya akan datang ini dijangka berlainan sedikit dengan adanya tentangan yang kuat, terutamanya dari pihak Parti Keadilan Rakyat.

Beberapa siri ceramah yang telah dianjurkan oleh PR akhir-akhir ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan sambutan yang diberi dan ini tidak pernah berlaku sebelum ini; berbanding dengan ceramah-ceramah pembangkang pada pilihan raya yang lepas-lepas.

Tsunami perubahan politik di Semenanjung Malaysia , Sabah, Sarawak juga dirasai di Pulau Labuan. Ceramah-ceramah politik pembangkang sangat mendapat sambutan dan perkembangan ini adalah sihat bagi proses demokrasi untuk memilih parti dan calon terbaik yang diperlukan oleh rakyat.

Dikhabarkan seandainya Parti Keadilan Rakyat yang bertanding mewakili PR kemungkinan besar calon yang akan ditengahkan adalah Tan Sri Ibrahim Menudin yang terkenal sebagai tokoh korporat yang berjaya. Beliau adalah di antara anak kelahiran Labuan yang berjaya di peringkat Malaysia.

Dengan pengalaman beliau sebagai tokoh korporat yang berjaya akan dapat membantu memajukan Pulau Labuan jika beliau terpilih sebagai wakil rakyat.

Dengan adanya calon-calon yang berkualiti pada PRU13 akan datang, penduduk Pulau Labuan akan lebih beruntung dan juga akan memulihkan imej kepimpinan pulau ini yang mana tiga wakil rakyatnya yang terdahulu yang ‘bermasalah’ sehingga membawa ke peringkat mahkamah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.