`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, January 13, 2013

JANGAN BUNUH KEBAHAGIAAN KAMI!




KOSONG....Lebih 2,0000 penduduk menderita akibat perbuatan kejam MPS dan Jabatan Air memutuskan bekalan air sejak 8 hari lalu. Apakah ini dasar terpuji kerajaan BN/UMNO?

Saudara Pengarang,

TERNYATA pada PRU 13 ini BN/UMNO di Sandakan terlalu 'Over Confidence' sehingga tidak teragak-agak melakukan penindasan secara terbuka terhadap rakyat Sabah yang tidak berdosa melalui agen mereka, MPS dan Jabatan Air Sabah.

Bekalan air kami di Taman Mesra yang terputus sejak 8 hari lalu seolah-olah disengajakan dengan tujuan untuk mengusir semua penduduk di Taman Mesra bagi mengosongkan bangunan tersebut bagi mengisi penyokong tegar mereka.
Mungkin inilah cara kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menekan kehidupan penduduk di Taman Mesra yang memberontak dan mula berhijrah ke parti pembangkang dan tindakan memotong bekalan air adalan ugutan yang tidak bermaruah.

PAM AIR...Kerosakan Pam air selama 2 bulan tidak diperbaiki oleh MPS

Ketiadaan bekalan air bersih di Taman Mesra menyebabkan penduduk terpaksa mencuri air di pili bomba sedangkan mereka tahu perbuatan tersebut menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan denda sebanyak RM5,000.

Amat menyedihkan Jabatan Air dikhabarkan telah memaklumkan kepada YB-YB BN dan pemimpin UMNO bahawa bekalan air ke Taman Mesra hanya akan pulih sekurang-kurangnya dalam masa dua bulan dari sekarang.

Ke mana menghilangnya 'Kejantanan' semua pegawai lantikan politik yang hanya tahu makan gaji buta iaitu Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Kawasan Elopura Mohd Hj Utung; Pemaju Mukim Elopura, Pemaju Masyarakat dan Pengerusi JKDB Taman Mesra Kasmah Jafar; sedangkan mereka tinggal di Taman Mesra?

Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, jangan benarkan MPS dan Jabatan Air membunuh kebahagiaan hidup kami di tanah air sendiri. Sedangkan ikan perlukan air, inikan pula kami sebagai manusia yang lebih memerlukan air daripada ikan.

Salam Hormat,

HOSHIN ABDUL GHAFAR

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.