`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, January 13, 2013

BUMI DIPIJAK SEPERTI PALESTINE?



PALESTINE.....Mungkinkah kanak-kanak yang tidak berdosa ini akan menjadi rakyat Palestine jika terpaksa turut sama berjuang dengan ibu bapa mereka menentang kezaliman kerajaan?

Oleh : GALUS AHTOI

KELMARIN, 11 Januari 2013, seorang penduduk dari Kg. Mangkadait Ranau telah ditangkap Polis Daerah Ranau kerana usaha dan keberanian mereka mempertahankan hak kehidupan mereka di atas Tanah Adat (NCR) di Kg. Mangkadait, Ranau.

Cyprian Rustin, No. KP 920701-12-7277 masih lagi dalam tahanan Polis di Balai Polis Ranau sejak kelmarin. Difahamkan seorang lagi penduduk kampung sedang dicari oleh pihak Polis.
Pihak Syarikat Damai Plantation Sdn. Bhd yang dikatakan telah mendapat/membeli geran tanah (Kerajaan/JTU telah mengeluarkan geran tanah di kawasan Tanah Adat kampung kepada orang luar yang kemudiannya menjual tanah tersebut) telah membuat laporan Polis setelah pihak kampung membuat benteng jalanraya bagi mempertahankan tanah adat mereka daripada diceroboh.

Kes rampasan tanah ini sudah lama dan masih menunggu tindakan pihak JTU Daerah Ranau untuk mengadakan satu Siasatan Awam berkenaan Kewujudan Tanah Adat selaras dengan Seksyen 13, 14, 15 dan Bahagian IV dalam Ordinan Tanah Sabah Bab 68.

Anehnya, banyak laporan Polis telah dibuat oleh pihak penduduk Kg. Mangkadait, Ranau tetapi akhirnya laporan Polis oleh pihak 'penceroboh' yang lebih diutamakan.

Pihak kampung sendiri telah membuat laporan Polis kelmarin di Balai Polis Ranau melalui No.report: RANAU/000118/13 dan hari ini satu rombongan penduduk kampung sedang berada di kawasan Balai Polis Ranau untuk memberi sokongan kepada rakan mereka yang masih dalam tahanan pihak Polis.

Sahabat-sahabat seperjuangan di sekitar Ranau, sokongan kalian adalah penting! Hari ini, kampung ini menjadi mangsa, esok atau tahun akan datang, mungkin giliran kampung anda menjadi mangsa!

CUKUP! Satukan Perjuangan di Tahun Perubahan ini!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.