`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, January 13, 2013

PENDATANG ASING SELAMAT DI SABAH?





Oleh : LO_PHUNK

KEBANJIRAN pendatang asing di Sabah amat membimbangkan rakyat di negeri ini. Mereka telah melebihi jumlah penduduk asal negeri ini. warga Pakistan juga semakin banyak di Sabah dan mendapat kerakyatan serta memegang mykad yang asli.

Kenapa dan bagaimana mereka ini mendapat IC dengan cara mudah? Bukankah mereka ini warga asing dan kenapa mereka memiliki IC Malaysia?
Kebetulan baru-baru ini saya berurusan di JPN Putrajaya Jalan UMS. Dalam barisan kelihatan ada dua orang warga Pakistan yang sedang menunggu giliran dan saya perhatikan mereka ini memegang mykad. Layakkah mereka ini memiliki mykad seandainya mereka sudah duduk lama di Malaysia?

Saya terus bertanya kepada pegawai JPN di kaunter yang saya tujui dan mengatakan bahawa dalam Perlembagaan Malaysia ada membenarkan warga asing memohon untuk menjadi rakyat Malaysia tapi dengan syarat mereka sudah duduk lama di Malaysia iaitu 10 tahun ke atas; mereka perlu diberi taraf penduduk tetap dulu dan seterusnya barulah boleh memohon IC.

Beliau menambah, ia sama juga di negara lain di mana rakyat Malaysia boleh memohon kerakyatan jika sudah tinggal lama di negara mereka.

Jadi persoalannya di sini, mampukah RCI menangani isu ini dam mampukah isu kerayatan kepada pendatang asing ini dapat dibendung; sedangkan undang-undang Malaysia sendiri merestui perkara ini?

Apa yang pasti, semua undang-undang yang digubal adalah atas persetujuan bersama semua 222 Ahli Parlimen Malaysia yang mewakili kerajaan dan pembangkang.

Oleh itu, apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk menangani masalah kebanjiran pendatang asing ke Sabah?
Apa yang pasti, kerajaan patut menyemak semula peruntukan undang-undang itu kerana kehadiran mereka jelas membantutkan pertumbuhan ekonomi penduduk asal serta jenayah yang berleluasa oleh mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.