`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, January 8, 2013

KENAPA SALAHKAN MENTERI KKLW?



Saudara Pengarang,

ORANG asal dan rakyat bumiputera luar bandar di Sabah dan Sarawak mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Kerajaan Barisan Nasional kerana membantu rakyat merasai nikmat pembangunan negara yang tidak pernah dirasai oleh rakyat di negara-negara jiran.

Di Malaysia, yang bulat datang bergolek dan yang leper datang melayang kerana rakyat mendapat apa yang selama ini mereka tidak pernah rasa, semenjak dari Malaysia merdeka, Kerajaan BN begitu prihatin membela nasib rakyatnya. Kepada yang kecewa, banyakkan bersabar dan tunggu sahajalah.
Inilah gaya bahasa atau kata-kata yang selalu kita dengar dari rakyat Malaysia. Penggunaan bahasa berbilang kaum di Malaysia seperti “Terima Kasih”, “Thanks You” (Inggeris); “Mag Sukul” (Suluk); “Ta’rima Kasihhh” (Orang Asal), “Tarima Kasi Kui” (Orang Sungei); “Ta’rima Kasih Bohh” (Kadazan) dan “Mag Sukulll Datuk Kalasan” (Bajau).

Berhubung tragedi rumah PPRT yang menyembah bumi di Kg.Air, Sandakan, Sabah yang berlaku di atas kecuaian pihak kontraktor dan kelemahan pemantauan oleh pegawai FELCRA Berhad yang dipertanggungjawabkan; bukannya pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan membuat publisiti ala-ala kampung atau bahasa pasar yang menyalahkan Datuk Shafie; maka samalah kita menyalahkan ibu tersalah mengandungkan diri si celupar dan si pendengki.

Tanya pada diri sendiri, kenapa kita celupar dan bersikap pendengki kepada Shafie kerana menjadi menteri yang berjasa besar dan berkhidmat kepada rakyat Sabah terutama di luar bandar?

Mengikut perjalanan sejarah pengwujudan kementerian yang dipertanggung jawabkan membangunkan kawasan luar bandar di Malaysia; nampak perbezaan dari sudut kejayaan seseorang menterinya.

Cuba kita kaji dan nilai mengikut pengalaman kita masing-masing. Siapakan Mantan Menteri Luar Bandar Malaysia yang telah menjayakan pembangunan luar bandar dengan pesatnya?

Kaji secara telus, tulus dan bijaksana. Jangan guna pemikiran yang bodoh atau kolot; sepantas kilat menuduh Shafie gagal disebabkan kita tidak tahu apa-apa.

Ramai Mantan Menteri KKLW, gagal menjayakan agenda kerajaan untuk membangunkan kawasan Orang Asal di Sabah dan Sarawak; namun Shafie terbukti ikhlas menjayakan tranfomasi NKRA luar bandar.

Daripada 1001 jenis projek pembangunan yang dilaksanakan oleh KKLW, jika ada 2 atau 3 yang bermasalah; adalah berpunca daripada sikap manusia itu sendiri seperti kontraktor dan pihak penyelaras.

Contohnya, jika jalan raya yang dibina atau dinaik taraf hanya mempunyai had muatan 5 tan tetapi kalau lori 10 tan dicampur dengan muatan 15 tan kelapa sawit dan kayu balak mencecah 50 tan; maka sudah pastinya jalan yang dibina atau dinaik taraf akan hancur lebur. Maka adalah Menteri KKLW juga bersalah dalam hal ini?

Tragedi rumah PPRT dan sebuah rumah lagi yang turut tumbang menyembah bumi pada 19 Disember 2012, jam 4.00 subuh adalah tragedi biasa bagi pemilik rumah di atas air laut.

Berhubung dengan rumah PRRT yang tumbang adalah kesilapan atau kecuaian pihak kontraktor yang suka menyembunyikan perkara-perkara yang tidak seharusnya dibuat oleh kontraktor semasa pembinaan rumah tersebut.

Tragedi rumah PRRT runtuh akan menjadi pengajaran kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam hal ehwal pembelaan kepada rakyat miskin.

Sejak tahun 2010, semua Program Bantuan Rumah (PBR) yang dikawalselia oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan FELCRA; tidak mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Sepanjang saya berkhidmat sebagai Pengerusi JKKK Kg. Air, Sandakan; saya sering kali menyertai kursus anjuran Kerajaan Negeri Dan Persekutuan.

Dalam taklimat pihak kementerian, menekankan dan mengarahkan semua Pengerusi JKKK dan JKDB secara rasmi atau secara langsung mengetahui dan memantau setiap porjek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan persekutuan.

Setelah kerja-kerja pelaksanaan telah siap 100%, pihak kontraktor seharusnya menyerahkan projek kepada JKKK dan JKDB. Cara penyerahan mengunakan sistem borang atau format yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan negeri dan persekutuan.

Timbalan Presiden MPS, Hj. Mohd Hamsan Hj. Awang Supain, setiap masa memperingatkan kepada pegawai kerajaan negeri dan persekutuan dalam taklimatnya, agar Pengerusi JKKK dan JKDB tidak dibelakangkan oleh kontraktor atau penyelaras projek; seterusnya menyerahkan secara rasmi projek yang telah dilaksanakan oleh kontraktor bagi tujuan yang sah, sebagai penyelanggara pembangunan dalam kampung masing-masing.

Semenjak PBR dibina di kawasan Kg. Air, Sandakan, tidak pernah saya dimaklumkan atau diberitahu ada satu atau dua buah rumah PPRT dibina di kawasan Kg. Air.

Sebagai Pengerusi JKKK, saya sepatutnya diberitahu lebih awal agar mengenal pasti penerima bantuan mengikut kelayakan atau keperluan yang dikehendaki.

Malangnya siang berganti malam tanpa saya ketahui PBR (PPRT) sudah mula dibina dan apa yang menyedihkan pihak JKKK, bila ditanya "siapa pelaksana?" para pekerja hanya berdiam diri.

Mereka hanya berkata, mereka diarah oleh pegawai-pegawai tertentu memulakan kerja dan jika ada Pengerusi JKKK atau Ketua Kampung datang bertanya, “Jangan dipedulikan!”

Apakah kata-kata ini sesuai dan arahan agar Pengerusi JKKK dibelakangkan dalam hal ehwal masyarakat di bawah jagaannya? “Patutkah?” pegawai tersebut mengarahkan kepada pekerja kontraktor agar tidak mempedulikan Pengerusi JKKK.

Bukankah kakitangan FELCRA juga diberi tanggungjawab agar mengawal selia projek-projek PBR tersebut? Tetapi anehnya, apabila Pengerusi JKKK menghubungi mereka melalui telefon; terlalu banyak alasan dan kata-kata yang mendukacitakan.

Apakah ini pegawai yang mendokong atau menjayakan tranfomasi kerajaan untuk membela rakyat? Sikap pegawai-pegawai tersebut tidak boleh dibiarkan berlarutan sehingga rakyat merasa mereka tertipu.

Bukankah Allah s.w.t. maha berkuasa dalam setiap pengurusan dan pentadbiran yang dilakukan oleh manusia dalam dunia? Setiap kejahilan akan diperlihatkan juga di dunia.

Dalam soal ini, patutkah kita menyalahkan Shafie Apdal sedangkan beliau merupakan Menteri KKLW yang telah berjaya mentransformasi pembangunan kawasan Orang Asal dan kawasan luar bandar di seluruh Malaysia?

Tanya kepada diri kita apa jasa kita kepada orang di sekeliling kita dan kenapa kita suka mengambil kesempatan meyalah dan memburuk-burukan Menteri KKLW terbaik di kalangan mantan menteri sebelumnya.

Pada pendapat saya, orang yang suka memburuk-burukkan Shafie dalam setiap hal melibatkan perangai manusia yang tidak mensyukuri apa yang diberi; samalah orang tersebut dari golongan “orang yang tidak tahu apa-apa!”

Salam Hormat,

JAFAR MUSTAFAH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.