`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, January 8, 2013

KPDNKK MASIH DALAM PAYROLL MAFIA?




Saudara Pengarang.

SINDIKET menjual DVD dan CD cetak rompak tanpa Sijil 'B' di Kompleks membeli belah seperti Wisma Merdeka, Center Point, Kompleks Karamusing, Kompleks 1 Borneo di Kota Kinabalu; Kompleks Keningau Mall langsung tidak bimbang diserbu oleh pihak berkuasa seperti KPDNKK dan Polis Cawangan Jenayah Komersial.

Persoalannya, adakah kedua pihak berkuasa masih berada dalam 'payroll' Mafia sindiket tersebut? Jika tidak, kenapa tiada sebarang tindakan diambil oleh kedua pihak berkuasa kerana tauke menjual DVD dan CD cetak rompak secara terbuka di semua kompleks membeli belah; sambil dengan bangganya menayang wayang di TV untuk orang ramai dalam kompleks berkenaan.
Kita sering membaca di suratkhabar bahawa ada serbuan oleh pihak Polis Cawangan Jenayah Komersial atau KPDNKK di Kota Kinabalu; tapi dua hari kemudian permis yang diserbu mula menjual semula.

Adakah ini satu babak lakonan dalam filem 'Ombak Rindu' oleh pihak berkuasa tersebut? Bukankah kompleks yang menyewa kepada taukeh menjual DVD atau CD cetak rompak pun salah di sisi undang-undang?

Kami berharap agar SPRM bersama pasukan Rela mengadakan satu serbuan senyap di kompleks tersebut di atas dan kita ingin tahu berapa ratus keping akan dirampas atas maklumat terbuka di artikel kami ini.

Jika serbuan oleh SPRM berjaya dan membawa hasil, maka SPRM harus siasat kedua pihak berkuasa berkenaan mengapa tidak ambil tindakan atas kesalahan yang berlaku di depan mata mereka selama ini.

Salam hormat,

ANGRY BIRD.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.