`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, January 6, 2013

KKLW 'PELIWAT' PROJEK?


PINDAH......Abdul Diuh menunjukkan papantanda projek jalan yang sepatutnya dilaksanakan di Kampung Sungai Tohok Jalan Lurus tetapi dipindahkan ke perkampungan setinggan di hujung Sungai Tohok.

Oleh : MUTALIB M.D
SABAHKINI.NET telah menerima lebih 700 aduan sejak Jun tahun lalu berhubung tindakan pegawai dan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW) yang digelar sebagai 'PELIWAT' projek, terutama melalui projek 'TOP-UP'.

Ramai kontraktor bumiputera diperdaya kerana dipinjam lesen mereka untuk mencukupkan korum tender terhad, namun hanya segelintir yang berani tampil untuk membuat pengakuan kerana menerima pelbagai ancaman daripada Pegawai KKLW yang selama ini hidup atas keringat dan air mata kontraktor.
Sebelum ini, Sabahkini.net telah menyiarkan Videoklip bertajuk 'KKLW Perompak?' yang menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan ahli UMNO di Semporna ekoran pengakuan tulus ikhlas Ketua Cawangan UMNO Kg Damai, Semporna, Rukiah Binti Tampi.

Ekoran daripada itu, Sabahkini.net telah menemui Ketua Cawangan UMNO Kampung Sungai Tohok Jalan Lurus, Abdul Diuh Marasarin di Semporna baru-baru ini setelah beliau menghubungi Pejabat Sabahkini.net di Kuala Lumpur.

Menurut Abdul Diuh, beliau terpaksa mendedahkan kepincangan KKLW ini demi untuk memastikan Kerajaan BN terus memerintah negara kerana sikap buruk yang diamalkan Pegawai KKLW sukar dikendali oleh Menteri KKLW telah menghilangkan kepercayaan ahli UMNO dan kontraktor bumiputera.

Sebagai Ketua Cawangan UMNO dan kontraktor bumiputera Kelas F (Pukonsa) yang tulen (bukan subkontraktor cari makan), beliau kesal kerana pentadbiran kucar kacir KKLW sehingga berlaku ketidak wajaran iaitu tindakan 'meliwat' projek (merampas projek yang diusahakannya).

Lebih malang lagi kata Abdul Diuh, kontraktor yang meliwat tender menawarkan rasuah RM5,000 agar beliau berdiam diri dan tidak membuat aduan kepada pihak atasan kerana mereka yang mendapat tender projek berkenaan.

"Saya tidak bersetuju dengan tawaran berkenaan dan saya minta mereka beri pampasan RM 15,000, bukan merasuah saya; terutama bagi menampung kos kerugian saya menguruskan projek berkenaan," ujar Abdul Diuh yang terkilan dengan kes 'peliwatan' projek secara berleluasa di Semporna.

Kata Abdul Diuh, beliau memohon projek berkenaan untuk menaiktaraf prasarana Kampungnya setelah mendapat sokongan padu Ketua Perhubungan UMNO Sabah.

Malangnya, kata Abdul Diuh, setelah ditender dan beliau ikut serta, projek berkenaan diberikan kepada kontraktor luar, H.L.Enterprise yang merupakan proksi Pegawai dan kroni Menteri KKLW.

Tegas Abdul Diuh lagi, sebagai Ketua Cawangan UMNO, beliau telah berusaha untuk membangunkan kampung tradisi di kawasannya dengan pelbagai cara termasuk memohon projek menaiktaraf prasarana dan telah membelanjakan banyak kos untuk memohon sokongan, membuat kertas kerja, menghantar permohonan dan pelbagai kos untuk menguruskan projek berkenaan di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur.

SETINGGAN......Jalan yang dibina terletak di kawasan setinggan yang menggunakan tanah Sekolah Kebangsaan Sungai Tuhok.

Kata Abdul Diuh, KKLW menawarkan projek berkenaan kepada H.L.Enterprise dengan kos RM148,000, sedangkan beliau menawarkan RM 136,000 untuk melaksanakan projek yang dipohonnya sejak tiga tahun lalu.

"Apabila saya tidak bersetuju menerima tawaran mereka, maka kontraktor dan pegawai KKLW memindahkan projek berkenaan ke kampung haram yang bersetinggan di atas tanah Sekolah Kebangsaan Sungai Tohok," kata Abdul Diuh yang menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera.

Sebagai Ketua Cawangan UMNO yang telah lama berjuang dan turut mengangkat Menteri KKLW sebagai Naib Presiden UMNO, Abdul Diuh kesal dengan tindakan tidak bermaruah begini dan tidak teragak-agak pergi ke sebelah (pembangkang) jika KKLW terus 'meliwat' projek dan kontraktor bumiputera seperti ini.

Saksikan VIDEOKLIP KHAS pengakuan Abdul Diuh di lokasi projek setelah diwawancara di sebuah restoran di Semporna baru-baru ini. Video berkenaan dinilai tambah dengan beberapa sarikata 'tersirat' bahasa Bajau sebagai Satira 'Jenaka Politik' di abad mellinium.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.