`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, February 1, 2013

Lawatan Najib ke Gaza hanya gimik politik

Dato' Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan bernilai USD700,000 kepada wakil pimpinan Hamas bagi tujuan pembinaan Masjid An-Nour Al-Muhammadi di Gaza, Palestin.
Dato' Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan bernilai USD700,000 kepada wakil 
pimpinan Hamas bagi tujuan pembinaan Masjid An-Nour Al-Muhammadi di Gaza, Palestin. 
Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Semenanjung Gaza tidak seharusnya dijadikan gimik politik bagi mengalih perhatian rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 13, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN pagi tadi, beliau mengalu-alukan sebarang langkah dari mana-mana pihak yang membawa kebaikan kepada perjuangan rakyat Palestin.
“(Namun) Saya tidak setuju dengan pihak yang ingin jadikannya sebagai gimik politik sebelum pilihan raya.
“Keadaan politik dalam negara tidak harus sama sekali diketepikan (compromised) dalam kita perjuangkan hak saudara kita di Palestin,” katanya.
Tidak seperti kerajaan Umno BN, katanya lagi, Pakatan Rakyat sudah lama mengiktiraf dan menyokong perjuangan Palestin, terutama Hamas.
“Hubungan kita dengan Fatah sudah lama. Sokongan kita terhadap Hamas diketahui (umum)…kita tidak iktiraf mereka (hanya) sebelum Mac (menjelang PRU).
“Untuk kali pertama dalam sejarah, kerajaan Malaysia iktiraf kerajaan sah Hamas yang telah kita (Pakatan) iktiraf sekian lama,” katanya lagi.
Sidang media diadakan sempena meraikan lawatan wakil Hamas ke Malaysia.
Antara wakil Hamas yang hadir adalah Ahli Biro Politik Hamas, Dr Waled Alamoudi, bekas Menteri hal ehwal Sosial Gaza, Ahmad al-Kurd, saudara pengasas Hamas, Dr Nazem Syeikh Yasin Ramadan.
Turut hadir adalah Pengerusi  Aqsa Syarif, Dr Hafizi Mohd Nor, duta Aqsa Syarif, Afdlin Shauki dan barisan pimpinan KEADILAN seperti Presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Nurul Izzah dan Ketua Biro Antarabangsa, Yusmadi Yusof. - kerajaan rakyat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.