`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, January 17, 2013

#LISTEN - "Kalau Tak Suka Malaysia Boleh Duduk Kat Negara Luar"... last siapa yang rugi bila mahasiswa kita yang cerdik pandai tak mau balik..??..??




"Kalau tak suka, boleh duduk kat negara luar"... Ini ayat yang popular dikalangan pencacai. Macam kes Madam LISTEN lah... Bila bijak pandai keluarkan hujah, disuruhnya duduk kat negara luar... Maka sebab itulah ramai rakyat Malaysia yang bijak pandai berhijrah di luar negara. Mereka tidak diberi peluang di Malaysia dan sebab itu ramai yang berjaya di luar negara dalam bidang yang diceburi oleh mereka berbanding negara sendiri... 

Rakyat Malaysia semuanya hebat-hebat dalam pelbagai bidang, tapi di Malaysia, mereka jarang diberi peluang kerana banyak yang diberi peluang adalah kroni kepada orang-orang tertentu... Macam kisah "Singapura Di Langgar Todak" lah. Kerana takut budak tu bila besar nanti ambilalih kuasa kelak atas kepandaiannya, maka dihumbannya budak itu ke dalam laut...

Contohnya mudah sahaja... Kita seharusnya patut bangga dengan Khien Seng Pua, seorang engineer dan juga president Sole Phison Electronics Corp. Beliau berumur 31 tahun dan berasal dari Sekinchan, Selangor. Beliau dah lama berhijrah & menetap di Taipei, Taiwan. Beliau adalah pencipta pendrive USB yang pertama yang digunakan di dunia sehingga sekarang... 

Bukankah kita kehilangan seseorang yang "hebat"... Akhirnya, Taiwan juga yang untung kerana memiliki insan yang berbakat besar ini... Kalau di Malaysia, belum tentu beliau boleh berjaya sehingga sekarang... Semoga beliau kembali ke Malaysia... ::.kikiki.::

Note : Cuba tengok dan hayati apa yang dikatakan oleh MAT LUTHFI nie....


#LISTEN everybody... #LISTEN everybody....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.