`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, January 18, 2013

Mahathir bakal jadi “kambing hitam” untuk BN mencapai kemenangan!


Oleh Deth Mustaine
Mahathir sudahpun mengaku dia adalah pengkhianat negara. Mengeluarkan k/p palsu kepada warga asing adalah kesalahan serius kerana ia boleh menjejaskan keselamatan negara . Di sesetengah negara hukuman bagi pengkhianat negara adalah hukuman bunuh! Negara boleh terdedah kepada pelbagai bentuk ancaman dari luar negara.
Dalam masa yang sama, Mahathir mula ‘menyerang’ Najib dengan mengatakan kerajaan dipimpin Najib adalah lemah, takut menggunakan kuasa.
RCI ditubuhkan dalam era Najib pada September 2012. Najib beri tempoh 6 bulan kepada RCI untuk menyiapkan laporan lengkap hasil siasatan.
Setiap kejadian tentu ada yang tersirat di sebaliknya. Kenapa Mahathir membuat kenyataan yang boleh mempelekeh pentadbiran Najib? Kenapa Najib beri tempoh 6 bulan kepada RCI?
Mahathir dalam keadaan tidak boleh ‘cover’ lagi apa yang dia buat terpaksa ‘mengiyakan’ projek yang dikenali dengan nama ‘Projek IC’ walaupun penyiasatan masih belum selesai. Mereka yang sedang menyiasat
perkara ini  dikatakan dari kumpulan professional malah kebanyakan ahlinya adalah anak kelahiran Sabah. Salah seorang anggota RCI pernah berkata, “Kami mempunyai sepasukan pegawai yang efisien untuk
menyiasat. Sebaik kami selesai siasatan, kami akan teruskan dengan pendengaran saksi-saksi.”
Mau tak mau, Mahathir terpaksa mengaku juga, tapi macam biasa la…dia pertahankan tindakan dia beri k/p kepada rakyat asing. Dia dakwa tindakan itu ikut undang-undang. Undang-undang apa yang dia pakai
teman pun taktau.
Projek IC dikatakan dibuat 2 minggu sebelum pilihanraya Sabah sekitar tahun 1990-an dengan mendapat kerjasama dari pihak yang mempunyai kuasa dalam badan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Mahathir takkan mengaku dia yang paling teruk. Dia petik nama Tunku pula. Katanya, Tunku buat lebih teruk dari dia. Kalau dia mendakwa begitu, penulis tak hairan. Tunku memang la lebih ‘teruk’. Dia Bapa
Kemerdekaan. Masa itu Malaysia baru ditubuhkan. Sebelum itu Tanah Melayu. Waktu itu, memang semua pendatang asing – orang-orang Cina yang pernah bekerja di lombong-lombong dan beranak-pinak di sini,
India yang bekerja di estet-estet dan beranak-pinak di sini – secara automatik diterima menjadi warganegara. Tunku buat memang ikut undang-undang dan persetujuan dengan pihak British. Mahathir buat tak
ikut undang-undang. Yang penting, orang-orang yang dalam keadaan tersepit macam Mahathir ni dahpun mengaku dia ialah salah seorang yang terlibat dalam Projek IC. Yang lebih penting, rakyat dah tahu
rupa-rupanya orang yang bajet macam bagus macam mamak kutty ni sebenarnya hauk juga.
Pendedahan yang pada awalnya diterbitkan di laman Wikileaks akhirnya  menerbitkan bayang-bayang kemungkinan ada secebis kebenaran di sebalik semua itu. Tapi siasatan ini masih berjalan. Kita tunggu apa jawapan RCI nanti.
Tempoh Hinggga Mac Kalau diberi tempoh 6 bulan bermula pertengahan September 2012, maka
tempohnya akan berakhir pada Mac ini. Kenapa sampai bulan Mac? Apa istimewanya bulan Mac ini?
Sebenarnya tak ada apa-apa yang special. Cuma waktu artikel ni ditulis, sudah hampir masuk ke bulan Februari. Ada lagi 2 bulan untuk sampai ke ‘tarikh tutup’ RCI.
Penulis ingin membuat ramalan suka-suka (jangan kata penulis ni bomoh pulak) bahawa isu ‘Projek IC’ adalah salah satu talian hayat yang Najib ada sebelum menuju ke tarikh sebenar PRU13. Najib tentu ada beberapa lagi talian hayat lain, tetapi Projek IC Mahathir merupakan satu lagi senjata yang ada dalam simpanan beliau yang boleh digunakan untuk tujuan propaganda pilihanraya. Terdapat ura-ura cuba mengaitkan dengan Anwar Ibrahim. Benar atau tak, penulis tak tau. Tapi apakah ini yang ditunggu-tunggu oleh Najib? Adakah ini menjadi suatu senjata baru untuk Najib?
Semua nama-nama yang disebut di dalam penyiasatan RCI sudah tiada lagi semasa pentadbiran Najib. Najib boleh saja menggunakan isu ini untuk ‘menunjukkan’ pentadbiran Najib adalah lebih baik dan tidak pilih
bulu. Najib boleh ‘membuktikan’ beliau lebih telus dan tegas dalam menangani isu pengkhianatan terhadap negara seperti ini tidak kira siapa yang melakukannya. Semua isu-isu besar boleh menjadi senjata,
bekalan dan ugutan pihak yang mempunyai kuasa ke atas maklumat yang diperolehi.
Menurut seorang penulis, Sir Francis Bacon, knowledge is power (pengetahuan adalah kuasa). Bekas Presiden AS, Herbert Hoover dikatakan pernah menggunakan frasa ini untuk menjadikan dirinya lebih berkuasa. Beliau mengumpul maklumat orang-orang di sekelilingnya dan boleh dijadikan sebagai bahan ‘ugutan’ dalam kes-kes tertentu. Itu membuatkan orang-orang takut dengan Hoover.
Dengan memperolehi maklumat atau ciri-ciri ‘kelemahan’ seseorang, seseorang itu menjadi lebih berkuasa terhadap seorang lagi.
- media perak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.