`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, January 18, 2013

Sabah, Sarawak - Fix-deposit UMNO sudah langsai ..............


PRU-12 yang lepas UMNO terselamat, rakyat di Sabah dan Sarawak masih menaruh harapan dari janji2 pembangunan yang di janjikan setiap kali PRU menjelang. Hingga kini sudah lebih 50 tahun, janji2 UMNO ini masih tidak tertunai.

Lebih lima puluh tahun berjanji, akhir nya tangki air biru sahaja yang terlaksana, itu pun tertunai kerana UMNO sudah nazak di Semenanjung. Kini sikap rakyat di Sabah dan Sarawak sudah banyak berubah selepas PRU-12. Jika semasa UMNO menghadapi PRU-12 yang lalu dengan tenang kini senario itu sudah tidak lagi ujud.

Boleh di katakan di setiap ceruk rantau negeri2 itu sudah menampak kan kebangkitan rakyat menentang UMNO. Apa juga bantuan seperti BR1M tidak akan berhasil bagi UMNO untuk menentang kebangkitan rakyat di Sabah dan Sarawak.

Isu2 seperti kemunduran dan kemiskinan tidak boleh di selesaikan dengan sekelip mata, selama ini pemimpin2 UMNO leka dan terlalu sebuk dengan tugas2 mengumpul harta kekayaan. Hinggakan terlupa dengan janji2 pembangunan nya yang di janjikan setiap kali PRU menjelang.

Himpunan Kebangkitan Rakyat dan jelajah Kebangkitan Rakyat yang di terajui oleh DSAI telah banyak memberi kesedaran kepada rakyat yang tinggal jauh terpencil dari pembangunan. UMNO sudah jadi cacing kepanasan menunggu ketibaan PRU-13. Cara mudah yang UMNO selalu lakukan ialah dengan menaburkan wang ringgit di merata tempat, mengharafkan rakyat melupakan janji2 yang tidak tertunai.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.