`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, January 21, 2013

Masa Depan Melayu, Islam dan Raja Melayu.



Masa depan kita, agama kita dan Raja kita dalam tangan kita. Bukan dalam tangan UMNO. Itu perkara pertama kita kena faham. Hentikan dari menjadi pengikut buta UMNO. Melayu menghamba abdikan diri untuk menbiayai kehidupan mewah para pemimpin UMNO. Padan muka kita kena tipu. 

Malam ini saya berceramah di Batu Kurau Perak. Kita bantu Dato Fauzi Shaari dan calun2 ADUN lain menang kawasan2 di Perak. Supaya hak dikembalikan kepada rakyat. Rakyat yang tuan sebenar benar nya. Bukan Mahathir. Bukan Reezal Merican. Bukan Azeez Raheem. Bukan mamak2 padukang ini.

Setiap rakyat yang diperkasakan dengan hak mereka, mengimbangi tamak haloba kerajaan yang korap. Apatah lagi jika semua bertekad, kita tumbangkan kerajaan UMNO ganti dengan kerajaan Melayu yang lain. Kita yang lebih Melayu dari nama2 yang saya sebut diatas.

Orang Melayu mesti tolak mereka yang tidak faham konsep dan amalan menjadi kerajaan yang bertanggung jawab. Kerajaan itu umpire atau pengadil bukan pemain dalam suatu pertandingan. Najib membohongi rakyat Malasia bila dia kata zaman kerajaan yang tahu serba serbi berakhir. Ia tidak berakhir malah diperhebatkan lagi. Dalam setiap urusan kehidupan rakyat, Najib mahu panjangkan tangan kerajaan. Kerajaan Najib penyibuk nombor satu! UMNO mahu jaga Melayu dari buaian ke kuburan. Konon.

Jika zaman itu sudah berakhir mengapa beritahu perwakilan UMNO semasa PAU tahun lalu, bahawa pilihlah UMNO kerana UMNO lah yang mampu menjaga orang Melayu.

Hoi- sejak 2008, 3.7 juta orang Melayu dari 5.7juta pengundi menolak UMNO tanpa megalami kesan buruk. Adakah kita tengok malapetaka kalau tidak pilih UMNO? Ada kita tengok orang Melayu mati bergelimpangan kerana memlih PAS diKelantan? Ada kita tengok Melayu Selangor atau rakyat lain mati bergelimpangan kerana menolak UMNO?

Ini yang sebenarnya menakutkan UMNO. Rakyat tahu dan sedar rupa2 nya boleh ada kehidupan yang lebih baik selepas dan tanpa UMNO. Hanya UMNO yang sombong dan angkuh dan bersikap dictator sanggup menggunakan air sebagai senjata menundukkan rakyat Selangor. Rakyat Selangor mesti bangkit degan tegas menolak UMNO secara total supaya kerajaan Selangor boleh menubuhkan syarikat pembekal air yang baru. itu sahaja cara nya. Ujudkan syarikat milik kerajan negeri yang membekal air kepada rakyat. Biarkan Syabas mati tidak ada pelanggan.

Keadaan yang membenarkan kerajaan campur tangan dalam urusan sesama individu ialah apabila suatu pihak menggunakan kekerasan dan mengancam kemerdekaan peribadi individu yang satu lagi itu. Tapi dalam bab itu , kerajaan UMNO yang dikepalai oleh Najib Tun Razak gagal segagal gagal nya. Pembunuh Altantuya dan mereka yang melakukan perbuatan durjana tersebut masih bebas. Pencuri wang rakyat RM250juta masih bebas. Pencuri wang dan tanah 223 ekar diBukit Raja masih bebas. Pencuri dan perompak yang berjanji membina kapal patrol masih bebas. Pembohong yang mencuri jutaan Ringgit membeli Rapid Intervention Vehicle dengan harga yang di UMNOkan masih bebas.

Sejarah semua kaum yang maju melibatkan penterjemahan ideal diatas kedalam kehidupan seharian. Yakni kebebasan individu mesti dipertahankan dengan gigih dan kemajuan masyarakat mesti melibatkan usaha dan proses mempekasakan kebebasan individu. Dan cara yang paling berkesan ialah memberi kebebasan ekonomik kepada inidividu dalam masyarakat. Jika individu berkerjasama antara satu sama lain tanpa paksaan dari kerajaan, ianya mengurangkan keperluan kerajaan campur tangan. Bila kerajaan campur tangan, mereka gila kuasa. Kekuatan ekonomi individu pula menjadi alat mengekang kerakusan kuasa kerajaan. Ia menyekat konsentrasi kuasa politik dan ekonomi dalam tangan kerajaan. Jika tidak, maka kerajaan akan bersikap dictator.

Yang beritahu bahawa Melayu serba serbi kekuarangan selama ini siapa? UMNO. Jenerasi orang Melayu membesar dengan fikiran bahawa mereka secara kesemulajadian kekurangan serba serbi. Jalan penyelesaian mengikut pendita dan pemikir UMNO , ialah bergantunglah kepada UMNO. UMNO akan selesai semua masaalah. UMNO itu penaung dan dari nya datang semua rezeki. UMNO itu Tuan dan orang Melayu itu hamba.

Dalam iklim pembodohan orang Melayu macam inilah, Dato Najib boleh datang dan beritahu bahawa sokonglah UMNO kerana UMNO sahaja yang boleh menjaga orang Melayu. PAS, bukan UMNO yang jaga orang Melayu diKelantan dan rakyat Kelantan mempunyai kuasa beli yang tinggi.

Apa yang ditunjukkan oleh keadaan yang demikian? Ia menunjukkan duit ada dalam tangan rakyat bukan dalam tangan kerajaan. Jika UMNO yang memerintah, keadaan sebaliknya berlaku. Duit kurang dalam tangan rakyat, banyak dalam tangan kerajaan dan kroni. Lihat sahajalah apa yang sedang terjadi kepada rakyat Melayu Johor. Kuasa beli bukan dalam tangan rakyat. Kroni perniagaan dan elit yang pegang duit.

PR memerinta negeri Selangor hanya 4 tahun. Reseb tunai dari 300juta menjadi RM2500 juta. Boleh ambil sebahagian darinya , tidak perlu berhutang beri kembali kepada rakyat.

Boleh kerajaan Najib menggunakan reseb tunai beri rakyat BR1M? najib hanya mampu melakukan nya dengan menambah hutang. Hutang kerajaan mencecah RM503 billion dan jika dicampur dengan contingent liabilities seperti jaminan pinjaman GLCs yang selalu nya hancur, maka kerajaan hutang lebih RM600 billion. Dalam pada itu, Najib nak menipu rakyat lagi dan berkhutbah kepada kita semua, supaya belanja berhemah. Najib menambah hutang negara 2 kaki ganda daripada hutang2 PM sebelum nya. Najib lah PM yang paling boros dalam sejarah Malaysia.  Jika hutang sudah menjadi structural, maka ini ibarat badan sudah kena cancer.  

Mahukah orang Melayu dan bangsa Malaysia memperjudikan masa depan dengan UMNO. Rekod rasuah UMNO terbentang luas selama 55 tahun. Mari kita tendang mereka keluar dari Putrajaya.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.