`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, January 11, 2013

PAKAR BEDAH JEJAK PESAKIT DI DESA?




BELURAN : Pejabat kesihatan di sini Khamis menganjurkan program perintis pemeriksaan ultrabunyi abdomen dan endoskopi, iaitu satu program baharu bermatlamat menjejaki pesakit luar bandar, yang diadakan di Klinik Kesihatan Telupid.

Pegawai kesihatan kawasan, Dr Sahipudin Saupin berkata program yang pertama kali diadakan di Sabah itu dikendalikan sepasukan pakar bedah Hospital Duchess Of Kent (HDOK) Sandakan, bagi penduduk luar bandar membuat pemeriksaan endoskopi.
Beliau berkata pendekatan tersebut dibuat berdasarkan maklumbalas susulan lawatan pakar bedah ke klinik tersebut pada 19 Okt tahun lepas yang telah mengenal pasti beberapa isu kesihatan termasuk penghidap kanser gaster yang ramai di kalangan penduduk Telupid.

Katanya, pesakit-pesakit yang dirawat sebagai penghidap dyspepsia pada peringkat umur yang berisiko mendapat kanser, menunjukkan jumlah bertambah dan pesakit berkenaan mempunyai masalah kewangan serta pengangkutan untuk ke HODK mendapatkan rawatan.

Menurut Dr Sahipudin, program perintis itu membolehkan pesakit yang berisiko mendapat kanser usus atau gaster dari daerah berkenaan mendapat rawatan optimum daripada pakar bedah HODK. (Bernama)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.