`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, January 9, 2013

PEROKOK TIDAK DILANTIK ANGGOTA PBT




KERAJAAN Kelantan tidak akan melantik individu yang merokok bagi mengisi jawatan anggota majlis daerah atau pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata langkah itu sebagai salah satu usaha mendisiplinkan pemimpin dalam sesebuah agensi kerajaan negeri di bawah pentadbirannya.
"Sebagaimana parti (PAS) sebelum ini tidak memilih calon mereka yang merokok, kita (kerajaan negeri) juga tidak akan pilih ahli Majlis Daerah atau anggota PBT yang merokok," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan watikah pelantikan anggota PBT dari seluruh negeri ini di Kota Bharu kelmarin.

"Bagi saya tidak pilih mana-mana Ahli Majlis Daerah yang merokok sebagaimana juga calon pilihan raya, lainlah kalau saya tak tahu," katanya.

Nik Abdul Aziz dalam ucapannya sebelum itu menegur sesetengah penyokong dan pemimpin Pas yang menghisap rokok di kalayak umum sambil memakai ketayap (kopiah) dan berimejkan orang Islam.

"Mereka ini seolah-olah berlagak seperti seseorang yang mempunyai pistol menunjuk-nunjukkan kepada khalayak umum walaupun mempunyai lesen," katanya. (Bernama)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.