`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, January 9, 2013

PPRT Vs SPRM Vs PKR





Saudara Pengarang,

DENGAN robohnya dua buah lagi rumah PPRT di kawasan Parlimen Batu Sapi, sepatutnya pihak yang menjadi mangsa dan Pengerusi JKKK tampil membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hanya melalui laporan rasmi pihak berkenaan, maka kontraktor yang terlibat akan disiasat berhubung mutu kerja, penggunaan bahan binaan dan punca PPRT ini sering mengalami musibah.
Kalau perkara ini diadukan kepada SPRM, maka sudah pasti semuanya akan selesai dan mana-mana pihak yang terlibat, sama ada menteri, wakil rakyat serta pegawai-pegawai pemantau projek tersebut diambil tindakan.

Apa yang saya dengar dari masyarakat di Batu Sapi dan beberapa kontraktor yang enggan nama mereka dinyatakan di sini; bahawa selain dari kroni Wakil Rakyat Sekong sendiri yang melaksanakan projek, kontraktor yang bukan kroni terpaksa memberi komisyen kepada mereka.

Mungkin inilah salah satu punca kontraktor terpaksa mengunakan bahan yang tidak bermutu sehingga banyak projek tergendala dan PPRT runtuh kerana kontraktor bimbang mereka akan rugi kerana terlalu banyak pihak yang harus disogok dengan komisyen.

Saya pasti Pengerusi JKKK tidak berani tampil membuat laporan SPRM sebab semua Pengerusi JKKK yang dilantik dalam kampung berkenaan menerima komisyen. Jika tidak mereka sudah lama membuat laporan rasmi, apatah lagi jika projek berkenaan tidak melalui atau tanpa pengetahuan Pengerusi JKKK.

Selaku Pembangkang di Batu Sapi, saya menunggu Pengerusi JKKK atau Ketua Kampung atau pemimpin tempatan membuat laporan rasmi di hadapan SPRM sehingga hari Isnin minggu hadapan; jika tidak, saya akan membuat laporan rasmi kepada SPRM, termasuk tindakan Pengerusi JKKK bersubahat menyembunyikan jenayah yang dilakukan kontraktor, Wakil Rakyat dan Menteri KKLW.

Salam Hormat,

ZAINUDDIN HASSAN
Timbalan Ketua Cabang PKR Batu Sapi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.