`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, January 9, 2013

TIADA KESAN ROGOL ATAU CABUL NUR EFFA





Oleh : RUZAINI ZULKIFLI

SEMPORNA: Kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Nur Effa Sahira Ringkasan yang ditemui dalam tong dram berhampiran Kampung Salimbangun di sini dikenal pasti berpunca daripada kecederaan di kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superitendan Mohd Firdaus Francis Abdullah (gambar sisipan), berdasarkan bedah siasat yang dijalankan, tiada kesan-kesan rogol atau cabul dan kecederaan di bahagian badan lain mangsa.
“Berdasarkan laporan terdapat lebam dan retak di bahagian kepala mangsa yang berkemungkinan akibat terjatuh atau dihentak dan sebagainya.

“Bagaimanapun, kita tidak dapat menentukan sama ada mangsa mati semasa di dalam tong dram atau sebaliknya memandangkan otak mangsa telah reput,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan polis belum lagi menahan mana-mana individu setakat ini dan giat mengesan suspek utama yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.

“Polis telah menyoal siasat ramai individu serta sedang berusaha mengumpulkan hasil siasatan dari segenap sudut.

“Setakat ini, tiada suspek telah ditahan selain polis sedang mengenalpasti siapa suspek utama yang terlibat.

Nur Effa Sahira yang dilaporkan hilang sejak 31 Disember tahun lalu ditemui mati Khamis lalu di dalam sebuah tong dram kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Salimbangun di sini.

Mengulas lanjut, Mohd Firdaus berkata kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan pihaknya sedang giat melaksanakan siasatan secara menyeluruh.

“Oleh demikian, kita berharap orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini agar tampil menghulurkan bantuan kepada polis bagi membantu siasatan,” katanya. (UB)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.