`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, January 27, 2013

USAHAWAN SAMAN KPDNKK RM 50 JUTA





SYARIKAT Multi Inrich Sdn Bhd pada Jumaat memfailkan saman ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan sejumlah RM50 juta terhadap kepada KPDNKK.

Syarikat Multi Inrich Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 19 mac, 2004 dan dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera Negeri Sabah. Syarikat ini telah terbukti kemampuannya untuk maju dan telah berjaya mendapat banyak Anugerah Cemerlang walaupun tanpa bantuan dari Agensi-Agensi Kerajaan Persekutuan Malaysia di Negeri Sabah.
Syarikat ini telah berjaya memasarkan produk jenama LACTOVIDA di Malaysia dan telah berjaya menembusi pasaran Antarabangsa.

Pada tanggal 10 Julai 2009, KPDNKK Negeri Sabah telah mengarahkan semua pegawai penguatkuasanya untuk menyita kesemua barang-barang dan alat-alat perniagaan di kedua-dua premis perniagaan kami.

KPDNKK Negeri Sabah telah berjaya melumpuhkan operasi perniagaan Multi Inrich serta menghalang mereka meneruskan usaha perniagaan yang telah dibina selama enam (6) tahun.

KPDNKK Negeri Sabah telah merampas kesemua alat mesin-mesin dan barang-barang perniagaan, menyebabkan Multi Inrich mengalami kerugian amat besar, sehingga perniagaan berkenaan lumpuh sepenuhnya dan telah ditutup operasi pada 10 Julai 2009 sehingga sekarang.

KPDNKK menuduh syarikat kami memalsukan dokumen kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan Sijil Analisa dari SIRIM di bawah Jenayah Perdagangan Akta Perihal Dagangan 1972, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 18 (2) denda RM 250,000 jika sabit kesalahan atau tiga (3) tahun penjara.

Bagaimanapun, pada 29 April 2011, dalam perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu KPDNKK telah gagal membuktikan kes 'Prima Facie' terhadap Multi Inrich.

Meskipun gagal di mahkamah, tetapi KPDNKK telah berjaya menghalang dan menutup sepenuhnya operasi perniagaan Multi Inrich Sdn Bhd.

Menurut Pengurus Multi Inrich, Abdul Karim Ahmad beliau mempunyai bukti ramai usahawan Bumiputera Negeri Sabah yang telah berjaya diganggu, dihalang dan dianiaya oleh pegawai-pegawai Kementerian KPDNKK Negeri Sabah disebabkan 'Tidak Membayar Wang Bonus'.

Malah kata Abdul Karim, KPDNKK juga melindungi para peniaga PATI dan ramai pegawai Kementerian KPDNKK Negeri Sabah berkerjasama untuk menyeludup barang-barang kawalan yang bersubsidi ke Filipina dan Indonesia.

"Buktinya banyak barang-barang bersubsidi terdapat di pasaran di Nunukan dan Tarakan, Indonesia dan Zambonga serta Sitangkai Filipina" kata Abdul Karim yang kecewa kerana Menteri KPDNKK turut bersubahat dengan para pegawainya sekalipun banyak aduan beserta bukti telah dikemukakan.

Dalam kes Multi Inrich, kata Abdul Karim, KPDNKK mempunyai niat jahat (mala-fide) untuk menghalang dan menutup operasi perniagaan Multi Inrich dengan merampas semua peralatan, mesin, barang-barang perniagaan dan kemudian disimpan di dalam gudang stor milik Kementerian KPDNKK di Kolombong, Sabah.

"Tindakan mereka tidak membuat pertuduhan di Mahkamah Kota Kinabalu, menunjukkan bahawa mereka hanya mahu menggertak kami yang tidak pernah membayar 'wang bonus' (ufti) kepada pegawai-pegawai Kementerian KPDNKK," kata Abdul Karim dengan nada kesal.

Kata Abdul Karim lagi, beliau telah mengajukan surat aduan kepada KPDNKK, Ketua Menteri Sabah dan Perdana Menteri Malaysia. Bagaimanapun, KPDNKK tidak memberikan sebarang respon sehingga ke hari ini.

Maka dengan itu, kata Abdul Karim, pihaknya memfailkan saman ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan sebanyak RM 50 juta terhadap KPDNKK.

"Saya juga berharap, selepas ini, KPDNKK berhenti menindas para usahawan bumiputera, sebaliknya membantu kami memajukan perniagaan di Sabah," Abdul Karim Ahmad yang menegaskan KPDNKK perlu ditransformasi terlebih dahulu sebelum Perdana Menteri melaksanakan Dasar Transformasi Negara.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.