Heboh dalam sebuah akhbar kononnya Majlis Syura PAS Pusat menolak Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri. Hakikatnya, perbincangan ini adalah hanya dikalangan ahli2 Majlis Syura yang pro UMNO. GEng ahli2 Majlis Syura ini jugalah di belakang pencalonan Tuan Guru Haji Hadi Awang sebagai Perdana Menteri Malaysia sewaktu Muktamar PAS baru-baru ini.
Namun, nampaknya Tuan Guru Haji Hadi Awang juga telah nampak kemunafikan mereka setelah mereka memalukan Tuan Guru Presiden dalam isu kalimah Allah. Begitu puak2 pro UMNO ini mahu menyokong pendirian UMNO sehingga mereka sanggup memanggil mesyuarat khas Majlis Syura walaupun Presiden PAS telah pun mengeluarkan kenyataan bagi pihak PAS berkenaan dengan isu kalimah Allah.
Cuba ingat kembali sewaktu terdedahnya perjumpaan UMNO-PAS dalam gelap tempohari seperti yang didedahkan oleh Pak Lah. Alasan2 yang digunakan oleh puak2 ulama adalah ianya adalah keputusan Majlis Syura. Namun, apabila diminta minit mesyuarat bagi membuktikan keputusan itu, satu habuk pun tarak. Ini kerana ia adalah satu pembohongan. Hakikatnya, Majlis SYura Ulama tidak pernah membincangkan cadangan seperti itu.
Perbincangan hanyalah di kalangan beberapa orang "ulama" yang sudah tergiur dan terjelir lidah untuk bersenggama dengan UMNO.
Kumpulan yang sama ini jugalah sekarang ini sedang berbincang mahu menghalang Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri selaras dengan kehendak UMNO. Dalam perbincangan terbaru mereka, Tengku Razaleigh akan dicadangkan sebagai calon Perdana Menteri bagi memastikan Anwar tidak menjadi PM Malaysia.
Semua ini dilakukan kerana dendam kesumat mereka yang meluap-luap. Mereka menyalahkan Anwar Ibrahim di atas kegagalan projek Kerajaan Perpaduang bersama UMNO. Mereka (puak2 pro UMNO dalam Majlis Syura serta ulama PAS) menyalahkan Anwar Ibrahim kerana bagi mereka sokongan ahi2 PAS menyebabkan usaha memadukan PAS dengan UMNO telah gagal sama sekali.
Begitulah hitam nya jiwa mereka sehingga mereka terlupa Tengku Razaleigh pernah mengkhianati PAS secara terbuka. Namun, dendam kesumat puak2 ulama ini melebihi kepentingan parti dan kepentingan Islam.
Sebelum ini kan dari mulut jahat mereka dibuat fitnah kononnya Khalid Samad, Dr Dzul, Dr Hatta dsbnya lebih setia dengan Anwar Ibrahim berbanding Presiden PAS hanya kerana pemimpin2 di atas itu menolak gagasan PERPADUANG dengan UMNO.
Cerita sebenarnya, gagasan PERPADUANG dengan UMNO itu HAMPIR HAMPIR menjadi kenyataan hakiki hanya kerana penolakan Tok Guru Nik Aziz sahaja menyebabkan ia gagal. Penolakan Tok Guru Nik Aziz itu pula telah diletakan kesalahan nya di atas Husam Musa dan Husam Musa pula dituduh sebagai agen Anwar Ibrahim dalam PAS.
Pokok pangkalnya, puak2 pro UMNO dalam Majlis Syura sedar hayat politik mereka semakin pendek. Dalam jangkamasa yang pendek ini mereka akan cuba untuk berbuat apa sahaja untuk mensabotaj Anwar Ibrahim serta Pakatan Rakyat. Dalam waktu yang sama mahu mendapat laba yang banyak dari pihak UMNO.
Hakikatnya, puak2 ulama dalam PAS ini sudah lama meninggalkan perjuangan Islam. Perjuangan yang tinggal dalam mereka hanyalah perjuangan mendapat pangkat dan kekayaan semata-mata.
Tidak hairanlah Ketua Dewan Ulama skrg ini dalam keadaan sakit2 pun masih mahu terus memegang jawatan. Masih terus mahu jadi calon pilihanraya dan masih terus mahu menjadi juara dan jaguh. Konsep amanah sudah tidak wujud lagi bagi Ketua Dewan Ulama PAS ini. Tak hairanlah pada satu waktu dulu, dia pernah dibooo oleh penyokong sendiri di Kemaman. Tuhan punya kuasa.
TULANG BESI
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.