`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, February 17, 2013

are you ready for bn?”.........Nooooooooo!!!!!!!!!........



UNTUNGNYA rakyat Malaysia kerana pembangkang KUAT dan KERAJAAN TIDAK MEMENANGI 2/3 KERUSI DI PARLIMEN.

Diantara kelebihan ialah Perdana Menteri dan kerajaan pemerintahannya tidak boleh bertindak mengikut sukahatinya seperti gambaran  terbaharu Mahathir hendak melucutkan kerayatan Ambiga seandainya rakyat memberi mandat 2/3 kepada BN.

Kita semua tahu zaman pemerintahan Mahathir ,beliau sentiasa berusaha mendapatkan  2/3 partinya di parlimen Tidak kira dengan cara halal atau haram asalkan kerajaan pimpinannya dapat kuasa 2/3 . Sepanjang hidup dia berpolitik memperoehi kuasa majoriti.

Dengan kuasa 2/3,membentuk kerajaan bertujuan dapat menggubal undang-undang untuk memangaibkan manusia lain dan paling tertinggi dalam sejarah kerjayanya, ialah mengaibkan kuasa raja  dengan mencabut imunitinya.Dia yang sentiasa bersultan di mata ,beraja di hati selama 22 tahun. Rakyat dimestikan ,dan mempastikan, perkara ini tidak berterusan berlaku lagi.

Era Najib ini kerana kehebatan pembangkang memenangi lebih 80 kerusi dan telah berjaya mentadbir 4 buah negeri telah menyebabkan kerajaan pusat yang ada sentiasa dalam kebimbangan  takut kehilangan terus kuasa pada pilihanraya ke 13 akan datang. 

Oleh kerana kerajaan yang sentiasa dalam kecemasan ini maka pelbagai tawaran,bantuan serta hiburan percuma disajikan kepada rakyat, agar rakyat termakan budi dan berkeadaan serbasalah sama ada mengekalkan kerajaan yang ada atau menggantikan kerajaan yang lain.

Zaman Mahathir penipuan dilakukan dengan menawarkan kad pengenalan kepada warga asing untuk mendapatfaedah menambah pengundi untuk parti pimpinanya.Hari ini berlainan sedikit caranya, dan tidak kurang buruknya perangai kerajaan, dengan  mengambil kesempatan menggunakan wang kerajaan atas nama wang Barisan Nasional atau Wang Najib diagih-agihkan kepada bakal pengundi(rakyat) agar menilai apakah kerajaan yang sedia ada prihatin terhadap masalah mereka. 

Kenapa saya berkata demikian kerana rata-rata sepanjang kempen menyampaikan ringgit  kepada rakyat samaada di dewan atau balairaya,terutama di kampung-kampung, bendera UMNO/BN terpacak di sepanjang jalan sejauh 2km dari pentas penyampaian,disamping itu sepajang temuramah melalui televisyen mereka yang dapat bantuan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri walaupun yang menyampaikanya bukan Perdana Menteri hanya seorang ketua  Cawangan UMNO atau Ketua Bahagian.

Berikut disenaraikan  nilai faedah yang rakyat perolehi dari  parti pembangkang yang kuat, dan rakyat menafikan kurang 2/3 ahli parlimen membentuk sebuah kerajaan.

      i)        BR1M
   ii)   Baucar-buku-1malaysia-RM200
   iii)  Bantuan Sekolah 1 Malaysia-RM100 
   vi)  BR1M 2.0-RM500
   v)      BR1M2.0- RM250-Belia
     vi)   Rebat RM200 Beli Telefon Pintar 3G 1Malaysia – Khas Untuk Belia Umur 21 Hingga 30 Tahun
      vii)  Bantuan Teksi 1 Malaysia
     viii     Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) 
      ix)     Pesara tentera tidak berpencen mendapat bantuan RM1000
   x)    Bekas anggota pasukan keselamatan zaman darurat duda dan balu –Bantuan RM3000
      xi)  BL1M -bantuan lesen 1 Malaysia 2013- kelas B2 pada kadar RM199,
   xii )  Bantuan untuk Tokong dan Kuil  berpuluh dan ratus ringgit
      xiv)   Kerajaan memperuntukkan RM1.1 juta kepada tujuh buah sekolah Cina,

Mungkin banyak lagi wang kerajaan atas nama budi baik Barisan Nasional akan diagih-agihkan.Kebahagiaan rakyat terserlah  dengan bantuan-bantuan selama 2 tahun sejak cakap-cakap pilihanraya akan diadakan. Kekuatan pembangkang dalam parlimen serta lemahnya kerajaan yang memerintah merupakan satu rahmat kepada rakyat.

Ketika ini rakyat boleh meminta apa sahaja dari individu wakil rakyat,parti atau kerajaan sendiri  - yang nyata permintaan rakyat ditunaikan secara langsung tanpa hisab.

Kuasa rakyat pada pilihanraya ke 12 dengan memilih pembangkang 85 kerusi ,kerajaan 137 kerusi telah membuahkan hasil  dengan rakyat mendapat pelbagai kemudahan, serta menambah sumber kewangan,dan paling terbaru mengimport hiburan "k_pop idols Korea Psy dengan tarian Gangnam Style”.

Sekarang ini sedang menunggu janji Muhyiddin Yasin berkemungkinan dengan syarat BN terus berkuasa,BR1M dari RM500 naik kepada RM1,000," .Diharap janganlah janji ini menjadi janji seorang yang sedang “pulang tabiat”.

Ketika ini parti-parti politik dan wakil rakyatnya berada dalam musim tidak besar kepala,dan ego dengan kekayaan yang ada  .Mereka mudah senyum dan senang mengangguk apa yang orang ramai cakap dan sentiasa melayan kemahuanannya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.