`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, February 25, 2013

Azmin: Khalid kekal MB Selangor


Sudah tentu Tan Sri Khalid jadi Menteri Besar Selangor, katanya kepada FMT.
Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4
SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya Pakatan Rakyat kekal memerintah di negeri itu, kata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
“Sudah tentu Tan Sri Khalid jadi Menteri Besar Selangor,” katanya kepada FMT.
Beliau yang juga Ketua Pilihan Raya PKR berkata demikian ketika ditemui selepas Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 di Shah Alam Convention Centre, sini hari ini.
Sebelum ini timbul kontroversi beliau diwar-warkan sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Namun Azmin Ali menafikan perkara itu sebelum ini sehingga timbul lagi dakwaan bahawa Abdul Khalid akan diletakkan sebagai menteri di pentadbiran Pusat sekiranya Pakatan menjadi kerajaan.
Menyusul lagi…

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.