`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, February 17, 2013

Bila Umno terdesak, perangai mereka ibarat "anjing tersepit"


‘Satu kalimah, satu syahadah’
Bila Umno terdesak, perangai mereka ibarat "anjing tersepit". Mereka akan gunakan segala kekuatan, helah dan tipu-daya semata-mata untuk melepaskan diri dari suasana getir yang sedang mereka hadapi. Pabila mereka terlepas daripada kesempitan dan kesusahan, mereka akan mengkhianati sesiapa saja yang pernah membantu mereka.

Sumber-sumber melaporkan bahawa kain-kain rentang dengan pelbagai rekabentuk namun membawa mesej berbunyi ‘Bersatulah, Perpecahan melemahkan ummah’ dan ‘Bersatu itu indah’ sedang giat dicetak dalam kuantiti lebih 10 ribu setiap satu. 


Juga terdapat mesej seperti ‘Satu kalimah, satu syahadah’ dengan logo UMNO dan PAS di kanan dan kiri, membuktikan betapa terdesaknya UMNO sehingga sanggup mempermainkan agama sebagai modal utama kempen politik menjelang PRU ke-13 yang bakal menjelang tiba.

Kain-kain rentang tersebut sedang dicetak secara besar-besaran di beberapa kilang di sekitar Selangor.
‘Bersatulah, Perpecahan melemahkan ummah’ dan ‘Bersatu itu indah’

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.