`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, February 2, 2013

BN DIRAMAL MENANG BESAR PRU 13


Tidak dapat dapat dinafikan lagi bahawa BN akan pastinya menang besar dalam PRU 13. Pastinya segala jentera mereka telah digerakkan dan semua gerak kerja terlsaksana sudah bagi memastikan kemenangan mereka pada PRU 13 nanti. Mungkinkah mesej dibawah ini yang akan dilontarkan kepada para pembangkang terutama pakatan rakyat? Rakyat seronok ke pasar malam, pasar tani, jualan dan konsert dan mungkinkah kehadiran rakyat yang dikatakan meyokong mereka adalah sekadar keseronokan bagi rakyat melihat telatah dan sikap pemimpin mereka menjelang PRU 13..


Sudah pasti ahli ahli umno dan penyokong tegar mereka akan terus memberi sokongan dan talian hayat seterusnya untuk BN terus menerajui pemerintahan di Malaysia. Kebanyakkan analisa telah menunjukkan bahawan PRU 13 adalah sengit atau dikatakan peluang sama rata tetapi ini semua adalah analisa yang dibuat bersandarkan sentimen yang kurang jelas dan tidak berpaksikan kepada pengumpulan data sekurang-kurang 10% size data pengundi kita. 



Sebagai contoh, berapakah saiz maklumat data mereka. Umcedel melakukan analisa berdasarkan data makumat berjumlah 1,049 dan inikah yang dikatakan analisa yang mampu memberi gambaran sebenar pru 13? tidak mungkin.

Agak memalukan apabila mereka memberikan analisa yang dikatakan professional tetapi data yang yang digunakan tidak sedikit pun mengambarkan jumlah pengundi Malaysia berjuta pengundi.  Adakah dengan data sekadar 3,000 atau 5,000 atau 1,000 orang mampu memberikan satu analisa yang jelas?. Dan umum kita ketahui kebanyakkan analsia adalah dibuat oleh para "data collector".Bukan kita tak kenal ada masanya mereka hanya sekadar untuk mendapatkan info sahaja untuk mencukupkan syarat yang diwajibkan keatas mereka terutama bila pelajar universiti yang mengumpul data. Mereka dibayar upah dan hanya dengan mendapatkan makmuat ala kadar maka data tersebut akan diberikan kepada pensyarah mereka dan akhirnya mereka inilah yang bakal membuat analisa pru 13. 

Pastinya artikel ini memberikan kelegaan kepada penyokong barisan nasional untuk melihat BN terus memerintah negara. Segala yang yang diramalkan oleh penganalisa adalah umpama ramalan cuaca yang tidak pernah tepat kerana pelabagai faktor diluar kawalan dan ketidakmampuan mengumpul segala faktor yang menyumbang kepada hujan tidak dapat dikumpul sebaiknya oleh mereka dan begitu jugalah ramalan analisa politik pru 13 hanya omong omong kosong.

Yang pastinya BN akan menang besar dalam isu isu dibawah yang harus terus dibanggakan oleh penyokong umno dan cerita cerita ini akan menjadi TAJUK UTAMA SEMUA AKHBAR SELEPAS PRU13 SELEPAS BN MENANG BESAR DALAM PRU 13......

BN MENANG BESAR KAWAL MEDIA CETAK PERDANA
tetapi gagal kawal media baru.
  

BN MENANG BESAR KAWAL MEDIA ELEKTRONIC
tetapi gagal kawal media alternatif internet ITV sebagainya 



BN MENANG BESAR TABUR DUIT KEPADA PENGUNDI 
tetapi gagal kawal pilihan mereka untuk memangkah parti mana

 


BN MENANG BESAR KERANA JANJI DITEPATI 
tetapi gagal berjanji untuk memastikan kebajikan rakyat terjamin



Inilah faktor kemenangan yang akan membuatkan BN menang besar dalam pru 13 tetapi tidak menjaminmereka akan memerintah tetapi kejayaan BN adalah hanyan sekadar menjadikan pilihanraya pru 13 yang termahal dalam sejarah pilihanraya Malaysia.



Bagi Pakatan Rakyat pula jangan mendabik dada seperti rakyat telah bangun menyokong mereka kerana HIMPUNAN KL#112 tidak mencapai sasaran kebangkitan yang di laungkan.Mungkin juga kerana terlalu banyak menabur janji anda diumpamakan seperti "Buaya Darat" yang bertutur manis masa bercinta dan jahanam dikerjakan selepas dapat..jangan banyak berjanji kerana rakyat tahu yang banyak berjanji yang pasti gagal menunaikan janjinya.  

Jangan pula selepas PRU 13 terus disaman dan akhirnya menuduh rakyat tidak menyokong dasar kerana rakyat berpegang pada janji dan jangan jadi buaya darat yang lupa pada janjinya selepas dapat apa yang dimahukan oleh nafsu dirinya..

 
Jangan pula Pakatan Rakyat MENANG BESAR DALAM PRU 13 DALAM MEBERIKAN JANJI TERBANYAK PILIHANRAYA tetapi gagal membentuk kerajaan  kerana rakyat tidak percaya janji mereka kerana menampakkan nafsu kemaruk kuasa dan terus mempermainkan minda rakyat denagn janji kosong..

Memang mungkin betul peluang sama rata dan yang pastinya BN bakal menang besar!! Kepada pengundi, pilihlah manusia yang boleh dipercayai dan mewakili anda bukan parti kerana Malaysia harus lari dari sifat pemerintahan yang berasaskan kepartian sebaliknya politik berasaskan khidmat terbaik. Dasar perlembagaan perlu digubal untuk memastikan setiap ahli parlimen dan adun memiliki hak yang terjamin dalam perlembagaan dalam memerikan segala yang perlu kepadanya mengiut peruntukkan yang sama ratadan bukan adun BN dapat budget dan adun pkr tak dapat atau adun pkr dapat budget dan adun BN tidak dapat budget...fikirkan demi generasi akan datang..Selamat mengundi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.