`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, February 2, 2013

BR1M: BN jangan ingat orang asli tiada maruah – Tijah


Tijah

PERAK 2 Feb: Tindakan Umno BN meluluskan 34,700 permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) kepada orang asli merupakan keputusan terdesak untuk memancing undi, kata Tijah Yok Chopil.
Koordinator Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) itu berkata, kelulusan tersebut bukan lahir dari keikhlasan tapi bermotifkan kepentingan politik semata-mata.
“Pemberian ini hanya untuk mengumpan orang asli, tidak lebih dari itu. Jangan ingat orang asli tidak ada maruah dan boleh termakan umpan tersebut begitu sahaja.
“Dalam keadaan Pilihan raya Umum yang semakin hampir, mereka (BN) mahu menunjukkan kepada orang asli bahawa mereka sangat prihatin dan bertanggungjawab, walhal sebelum ini hak dan suara kami terabai,” katanya ketika dihubungi.
Beliau mengulas keputusan kerajaan meluluskan 34,700 atau 66 peratus daripada 52,415 permohonan BR1M 2.0 kepada masyarakat Orang Asli membabitkan peruntukan RM14.8 juta.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek dilapor berkata, mereka yang layak akan menerima habuan bermula awal bulan ini.
Menurut Tijah, bukan wang ringgit yang dimahukan orang asal tetapi hak mereka sebagai rakyat termasuk menerima kemudahan asas dan tanah adat mereka diiktiraf kerajaan.
“Isu orang asal bukanlah isu yang boleh dibayar dengan RM250 atau RM500. Apa yang kita mahukan adalah kerajaan mengiktiraf hak wilayah tanah adat yang tidak pernah diiktiraf. Sehingga sekarang tidak ada jawapan dari mereka (kerajaan).
“Bagaimana pula dengan kemudahan asas? Hampir kesemua penempatan orang asal tidak ada elektrik, tidak ada air dan jalan yang teruk, ada mereka bagi penyelesaian? Tidak ada.
“Pengajian persekolahan anak-anak pula dibekalkan dengan kemudahan yang tidak lengkap, seolah-olah kami ini tidak ada harganya dalam negara ini,” tegasnya.

-razali01.blog

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.