`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, February 12, 2013

BR1M bukan untuk pancing undi


Kerajaan Barisan Nasional memberi bantuan tersebut bagi membantu meringankan bebanan rakyat yang berpendapatan rendah.
LUNDU: Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia siri kedua (BR1M 2.0) hanya diberikan kepada rakyat yang layak sahaja dan bukannya taktik untuk memancing undi seperti yang didakwa segelintir pihak.
Ahli Parlimen Mas Gading Dato Dr. Tiki Lafe menegaskan, kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi bantuan tersebut bagi membantu meringankan bebanan rakyat yang berpendapatan rendah.
“Tujuan kerajaan untuk membantu rakyat dan sekali gus merancakkan kitaran perbelanjaan domestik yang menjadi salah satu penyumbang ekonomi negara,” katanya semasa menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Kampung Senibong, Lundu.
Kata Tiki, pemberian bantuan kerajaan dilakukan secara menyeluruh untuk mencapai semua rakyat dan bukan untuk memancing undi.
“Kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh pendaftaran BR1M 2.0 ini sehingga 15 Mac depan ini membuktikan kesungguhan kerajaan bagi membantu semua rakyat yang memerlukan bantuan,” ujarnya.
Menurutnya, kerajaan tahu ramai lagi rakyat yang layak menerima bantuan masih belum mendaftar permohonannya oleh itu, tempoh permohonan dilanjutkan.
Dalam pada itu, katanya, kerajaan juga menyediakan pelbagai bantuan kepada rakyat antaranya Bantuan Awal Persekolahan kepada semua pelajar sekolah, Baucar Buku 1Malaysia dan seumpamaanya pada hari ini.
“Semua bantuan kerajaan ini sangat holistik dan mencakupi semua peringkat usia kerana, kerajaan mahu meringankan bebanan dan kos hidup rakyat dalam menjalani kehidupan seharian,” katanya.
Terdahulu, Tiki turut mengumumkan geran projek kecil luar bandar (MRP) sebanyak RM 20 000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Senibong untuk membantu menjalankan pelbagai aktiviti komuniti di kawasan tersebut.
Hadir sama, Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) Datuk Sylvester Entri Muran dan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Estet Datuk Peter Nansian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.