`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, February 3, 2013

HALIK ZAMAN SAMAN SHARLEYNORMAGILBERT?




TIMBALAN Ketua Cabang PKR Tenom, Masdin Tumas telah membuat laporan polis berhubung fitnah seorang forumen laman Disquss di Sabahkini.net yang menggunakan nama 'SharleynormaGilbert' dan semua pengomen yang secara sedar memfitnah Halik Zaman.

Halik Zaman akan menggunakan khidmat guaman M/s Dino M Borhan dan akan ke Kota Kinabalu, esok untuk memfailkan saman.
"Sekali sekala saya mesti ajar orang yang suka buat fitnah itu dengan mengheret mereka ke mahkamah. Biar mahkamah yang putuskan 'betul atau tidaknya' tuduhan sipolan itu?" kata Halik Zaman.

Menurut Halik, beliau sudah lama berdiam diri dan menerima segala tohmahan serta kritikan, tetapi apabila menyentuh fitnah peribadi secara terang-terangan, saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada pemilik Sabahkini.net dan pengomen 'SharleynormaGlbert' kerana mengeluarkan kata-kata fitnah yang paling memalukan.

"Peguam saya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Multimedia untuk mengenal pasti identiti 'SherleynormaGilbert' dan tulisan pengomen lain dan orang yang ada turut sama menghina saya. Peguam saya akan membuat tindakan membawa kes fitnah mahkamah dan yang lain juga akan dikenalpasti oleh peguam dan Suruhanjaya Multimedia," kata Halik.

Berikut adalah Komen 'SharleynormaGilbert';

"Betul Saya Sokong Boyan...Halik Zaman Mukanya Berewok Menyeramkan...Dah Tua Duduk Di Masjid Lebih Baik Pencenlah Nanti Pkr Yang Menjadi Mangsa Cari Orang Muda Yang Berwibawa Ada Pelajaran Ada Pengaruh Baru Pkr Tenom Ada Ohh...Ini Orang Sudah Dipanggil Kakek Mahu Juga Betrtanding Jadi Calun Dalam Berjayapun Cukp Lama Sampai Boleh Kawin 4 Dan Beliau Ini Semasa Era Kerajaan Berjaya Menjadi Pengerusi Sldb (Lktns) Pernah Skendel Dengan Anak Penerka Di Rancangan Ulu Dusun Sandakan Sekitar Tahun 1982 Nama Awek Itu Mustika Ngun Mantan Ratu Miss Sldb 1982 Bapa Ku Yang Tahu Cerita Ini Siapa Tidak Kenal Dengan Halik Zaman Khan Buaya Bin Biawak."

Berikut Laporan Polis yang dibuat Masdin Tumas pada 02 Februari 2013 pada jam 5.45 petang kelmarin ;

"Semasa saya berada di Hotel Perkasa TENOM, saya mendapati satu artikel dikeluarkan di laman web Sabahkini bertarikh 01 February 2013 bertajuk 'Halik Dan Isteri Wajar Bersara'. Dan banyak lagi dari pengomen lain yang berbentuk menghina dan memfitnah dengan tujuan secara sengaja dengan niat jahat. Capynya dikepil di sini."

"Dalam artikel tersebut tertulis satu pernyataan atau "comment" dari pembaca yang mengaibkan dan memfitnah kepada Ketua Cabang PKR Tenom Abdul Halik Bin Khanizaman. Artikel yang di keluarkan oleh penulis blog dan pernyataan pembaca diantaranya ialah "SharleynormaGilbert" adalah seperti di lampiran "A". Tujuan saya buat laporan polis adalah untuk mengambil tindakan sivil dan saman malu kepada penulis blog dan pembaca yang mengeluarkan kenyataan mengaibkan terhadap diri Abdul Halik Khanizaman."

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.