Isteri ADUN Paka Dakwa Suaminya Cemar Maruah Keluarga
[BuletinOnline] DUNGUN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Mohd Ariffin bin Abdullah, didakwa tidak tahu menjaga maruah dan nama baik keluarga kerana telah mempamirkan 'kisah cintanya' dalam sebuah majalah hiburan pada Disember lalu, menyebabkan anak-anak dan isterinya merasa malu.
Menurut isteri keduanya, Mastura Othman, 46, beliau 'tidak kisah' kalau suaminya berkahwin lagi, namun mestilah bertanggungjawab dan memelihara maruah beliau dan anak-anaknya.
Katanya, beliau mula mengesyakki Ariffin bernikah buat kali ketiga dengan Saidatulnisa Aminuddin, pada bulan Jun tahun lalu, apabila terjumpa gambar 'kemaluan seorang perempuan' dalam telefon tangan milik Ariffin.
"Rahsia terbongkar apabila saya buka telefon suami saya, saya terjumpa gambar kemaluan perempuan, yang dihantar oleh Saidatulnisa, jadi saya tanya suami saya.....siapa perempuan itu?
"Saya desak dia....berkali-kali....akhirnya saya sendiri yang sebut (tanya) apakah dia itu isteri you? (dan dia mengangguk) saya 'check' nombor pengirim dan yang angkat adalah perempuan, nombor telefon Saidatulnisa,"jelasnya. [lihat video rakaman sidang media Mastura]
Apabila ditanya apakah tuntutan 'cerai' tersebut akan menjejaskan karier politik suaminya, beliau berkata, itu terpulang kepada suaminya, kerana menurutnya, suaminya yang mencetuskan semua masalah yang telah berlaku.
"Itu terpulang kepada dia, dia yang mencipta segala masalah, ini atas kerelaan saya sendiri, saya rasa saya tak perlulah fikir banyak-banyak tentang dia, kita pun dah tua, anak (anak) pun dah besar,"ujarnya kepada pihak media.
Mastura berkata demikian setelah hadir bagi mengemukakan tuntutannya di Mahkamah Rendah Syariah Dungun, di sini pada Isnin, 4 Februari. [Gambar kanan bawah; artikel terbitan sebuah majalah hiburan yang disifatkan oleh Mastura memalukan dan mencemar maruah keluarganya]
Katanya lagi, Ariffin selaku seorang yang berjawatan tinggi sebagai seorang wakil rakyat, seorang yang matang dan telah bercucu, tidak sepatutnya mencemarkan maruah dan nama baik keluarga.
Beliau berkata keputusan menuntut cerai sebagai isteri yang sah kepada Mohd Ariffin terpaksa dibawa ke mahkamah setelah Ariffin gagal pulang ke rumah dan melafazkan 'talak' secara baik.
"Kali terakhir saya jumpa dia pada 19 Disember dan selepas itu saya bagi (hantar kepada) dia SMS supaya dia datang lafazkan secara baik di rumah, saya tunggu sehingga 22 Januari (tetapi) dia tak datang-datang, jadi saya beritahu dia saya akan buat tuntutan mahkamah,"katanya.
Justeru, walaupun telah berkahwin selama 24 tahun, Mastura berkata, beliau hanyak mahu menuntut cerai dan tidak mahu menuntut apa-apa selain dari itu.
Dalam pendengaran kes kali pertama itu di hadapan Hakim Syari’e Shamsuddin Ngah, Ariffin atau peguamnya gagal menghadirkan diri ke mahkamah.
Oleh itu, Hakim memutuskan kes tersebut ditangguh kepada tarikh 27 Februari akan datang.

P/s: Fuh!!!!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.