`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, February 9, 2013

ISU SIPADAN SUDAH PASTI KE ICJ





Saudara Pengarang,
Setelah pelbagai usaha yang dibuat, tetapi masih buntu mendapat persefahaman dan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Pewaris Sahih Pulau Sipadan, maka semakin jelas isu Sipadan akan ke ICJ sekali lagi.

Kerajaan Negeri Sabah memang berat untuk menyerahkan semula Pulau Sipadan itu kepada Pewaris asalnya, namun Kerajaan juga sukar untuk menolak hak kami di Pulau Sipadan kerana memiliki locus standi perundangan.
Seharusnya Pentas Mahkamah bukanlah jalan penyelesaian kepada permasalahan yang wujud ini jika kerajaan berpegang teguh kepada slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Tetapi agak menghairankan bagi kes kami kerana kerjasama dengan Kerajaan sukar diperolehi kerana terdapatnya makhluk perosak dalam Kerajaan sendiri yang menabur fitnah durjana hingga menyebabkan Kerajaan terlibat sama dengan komplot jahat mereka. Sesungguhnya Amalan Rasuah itu adalah musuh nombor satu negara dan perlu diperangi oleh semua.

Sekian,

HAJI ABDUL RAUP BIN MAHAJUD
Ketua Pewaris Pulau Sipadan

Surat berikut ditujukan kepada Menteri Luar dan disalinkan kepada beberapa pihak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.