`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, February 9, 2013

POLIS SABAH SEDIA LAKSANA AKTA DNA




TAWAU : Polis Sabah sudah bersedia dari segi keperluan logistik dan anggota bagi melaksanakan Akta Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2009 (Akta DNA 2009) apabila ia mula dikuatkuasa September ini, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Beliau berkata bagi melaksanakan akta itu, pihaknya juga telah mewujudkan Pifos di semua 20 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini sebagai pusat sehenti, melalui peruntukan kerajaan persekutuan berjumlah RM635,000.
“Di bawah Akta DNA 2009 ini, ia memberi satu ruang kepada polis untuk mendapatkan sampel DNA dan kami akan gunakan sampel DNA ini untuk meningkatkan kadar pertuduhan dan kadar penyelesaian kes,” katanya.

Hamza berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Roadshaw Penguatkuasaan Akta DNA 2009 dan Pelancaran Pusat Identifikasi Forensik Setempat (Pifos) di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Forensik/Databank) Datuk Abdul Malek Harun.

Beliau berkata melalui sampel DNA, polis akan mudah mengenal pasti suspek jenayah serta segera menahannya seterusnya menghadapkannya ke mahkamah.

“Kalau dahulu, (ketika menjalankan siasatan jenayah di lokasi kejadian) kami guna cap jari tapi kadang-kadang cap jari ini tak cukup sifat hingga menyukarkan proses membuat perbandingan. Tapi dengan DNA ini macam-macam (sampel boleh diperoleh), daripada peluh, darah, rambut dan air liur.

“Tempatnya pula tidak konklusif, kalau dia pegang botol pun dah ada DNA, pegang dinding pun ada DNA, mana saja (suspek) sentuh ada DNA malah pada baju sekalipun,” katanya.

Malaysia merupakan negara ke-45 memperkenalkan akta berkenaan daripada 161 negara di dunia yang mempunyai akta itu. (Bernama)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.