`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, February 10, 2013

Jangan mudah terpengaruh dengan BR1M, TR1M, KR1M

CAMERON HIGHLANDS: Bekas Naib Presiden Felcra Berhad, Datuk Ramli Buyong menggesa orang Melayu, khususnya di kawasan luar bandar agar meninggalkan Umno dan menyokong Pakatan rakyat.

Gesaan itu dibuat dalam ceramah kelompok di Kampung Lubuk Kulit, salah sebuah kampung dalam Dun Jelai, Parlimen Cameron Highlands, malam tadi.
Beliau yang merupakan anak jati Temerloh turut menerangkan tentang penyertaan ramai kakitangan kanan kerajaan menyertai Pakatan Rakyat khususnya PAS.

“Ada yang bertanya, kenapa kami susah-susahkan diri menjelajah seluruh negara dan menyertai pembangkang. Sedangkan kami boleh hidup aman dan berehat-rehat atau melancong memenuhkan masa pencen bersama-sama anak dan cucu. Duit pencen kami banyak,” katanya.

Beliau menegaskan, penyertaannya dalam pentas politik bukanlah kerana mengejar wang atau pangkat tetapi sudah muak dengan penyelewangan Umno-BN.

Katanya, sudah sampai masanya rakyat memperoleh maklumat yang cukup tentang salah laku Umno dan rakyat wajar menggantikannya dengan pemimpin yang amanah.


Menurut beliau, kakitangan kerajaan secara dasarnya terbahagi kepada tiga kelompok, pertama ialah mereka yang kaki membodek, mengampu, dan tidak jujur.

Katanya lagi, kebanyakan mereka menyokong Umno dan merekalah yang sering menyalahgunakan kedudukan dan wang rakyat, apatah lagi mereka sering mendapat jawatan yang tinggi, hasil kerja membodek dan mengampu.

Tambahnya, kelompok kedua dan majoriti ialah kakitangan yang bekerja demi kelangsungan hidup dan tidak berapa kisah dengan suasana politik asalkan mereka boleh cari makan, itu sudah memadai.

“Golongan atas pagar ini, bekerja mengikut tugasan yang sepatutnya dan jujur dengan kerjaya mereka.

“Kelompok ketiga adalah golongan seperti saya. Kami sedar akan penyelewangan dan salah guna wang rakyat. Kami merupakan kelompok yang menentang arus dan sanggup ke medan untuk mendedahkan segala kebobrokan Umno BN,” katanya lagi.
Beliau yang juga AJK Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pusat, turut menerangkan beberapa isu nasional kepada penduduk kampung, antara isu yang diutarakan termasuklah isu tanah, isu Felda, isu minyak dan isu air di Selangor.

Ramli juga menyeru penduduk kampung agar tidak lagi ditipu Umno BN dan jangan mudah terpengaruh dengan pemberian BR1M, TR1M, KR1M dan sebagainya kerana hakikatnya, pada masa yang sama, Umno BN mengenakan rakyat dengan kenaikan kos sara hidup dan cukai.

Turut hadir dan berucap dalam ceramah kelompok itu ialah YDP PAS Cameron Highlands, Ustaz Abdul Karim Nor dan Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Ahmad Khairi Jamaluddin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.