`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, February 10, 2013

KES BUNUH NORIKOH, 3 DNA ASING DIKESAN




Oleh : JOHN CHARLES MITAH MIKAT
Kes Norikoh telah bermula pada 7 dan 8 Februari lalu, di Mahkamah Sesyen, Kota Kinabalu. Saksi pertama ialah Dr Voo Kiau Moi, 60, seorang doktor swasta yang telah mengendalikan klinik di Pekan Kota Marudu sejak 1991. Beliau berkata telah memeriksa karotid di leher mangsa (Norikoh) dan mendapati nadinya tidak berdenyut lagi.

Dr Voo memberitahu Hakim Duncan Sikodol bahawa tubuh gadis itu sejuk dan jejarinya (si mangsa) sudah bertukar menjadi kebiruan, bermakna terdapat kekurangan oksigen dan mangsa telah lama mati.
Menurut saksi kedua, wujud 3 DNA asing atau lebih dari 3 identiti yang telah dikesan (satu daripadanya) melalui 29 pakej/sampel yang telah dihantar oleh ASP Taruna (melalui Inspektor Prikson Bin Ubak, daripada IPD Kota Marudu) pada 5 Disember 2012 kepada Pegawai Sains Rita Tie Ung Ha, yang bertugas di Jabatan Kimia, Kuching; memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen pada 8 Februari. Tetapi apa yang peliknya kenyataan ini tidak disiarkan di akhbar tempatan untuk pengetahuan seluruh rakyat Sabah.

Seperkara lagi yang tidak dipaparkan dalam akhbar tempatan ialah, menurut Rita (Juru Kimia) rambut yang telah dihantar kepadanya untuk dianalisis menunjukkan DNA milik Amir Ali Khan Nawaty, 40, yang dituduh menyebabkan kematian Norikoh Saliwah di dalam sebuah lori bergerak yang menuju dari pekan Kota Marudu ke Langkon, di Km 2.8 di sepanjang jalan Kota Marudu-Langkon, antara 11 pagi dan 12.30 tengah hari pada 25 November, 2012.

Sungguhpun tidak terdapat kesan air mani Amir atau darah pada anak baju, coli, seluar panjang, kemeja berlengan panjang dan seluar dalam Norikoh; namun Pegawai sains Rita menjelaskan dia mengesan kehadiran darah (melalui uji peluh yang diambil dari stering lori) tetapi melalui analisis DNA, profil DNA lemah dan tidak membawa kepada sebarang kesimpulan ditemui dari bahan kapas itu. Ini katanya mungkin disebabkan terkena cahaya matahari atau telah dilap atau sudah 'degraded'.

Sebelum itu, semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Afzan Abd Kahar yang tampil bersama DPP Raja Zaizul Faridah, Rita memberi keterangan bahawa DNA dikesan pada bahan uji peluh yang diambil dari tombol tingkap bahagian penumpang lori tersebut adalah milik DNA Norikoh. Fikir-fikirkanlah!

Perbicaraan akan bersambung selepas tahun Baru Cina pada 13, 14 dan 15 Februari 2013.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.