`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, February 25, 2013

LIVE!! Konvensyen Pakatan Rakyat Ke 4 Dari SACC



SHAH ALAM 25 FEB: Manifesto Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan dibentang pada konvensyen kali keempat di Pusat Konvensyen Convention Centre (SACC), hari ini.

Pembentangan itu yang dijadual bermula jam 12 tengah hari itu bakal menjadi tumpuan media dan seluruh rakyat negara ini.

Mengikut atur cara, program bertema ‘Pakatan Harapan Rakyat’ bermula jam 9 pagi untuk pendaftaran peserta dan acara dimulai dengan nyanyian lagu kebangsaan, Negaraku serta bacaan doa.

Antara jam 10.50 hingga 11.20 pagi, Ketua Jentera Pilihanraya dari ketiga-tiga parti dijadual menyampaikan amanat masing-masing, diikuti pembentangan manifesto.

Selepas persembahan akuistik, pemimpin DAP dan PAS pula akan menyampaikan ucaptama antara jam 11.55 pagi hingga 12.35 tengah hari, diikuti gimik persembahan.

Ucaptama pimpinan KEADILAN pula berlangsung mulai jam 12.40 petang, disusuli bacaan ikrar dan nyanyian Negaraku.

Program yang boleh diikuti secara langsung itu dijadual berakhir jam 1.30 petang selepas bacaan doa.

Untuk tonton siaran langsung, KLIK INI (Livestream), KLIK INI (Radio Suara Rakyat FM) dan KLIK INI (Radio Bangsar Utama). ~keadilandaily

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.