`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, February 25, 2013

UMNO Khianat Orang Melayu (2)



Mari kita lihat cara UMNO mengurus ekonomi.

Mahathir Mohamad  mengurniakan projek  Double Tracking kepada MMC-Gamuda pada 21hb October 2003. Ini ialah projek Electrified Double Track Project (EDTP) antara Ipoh dan Padang Besar. Kos nya RM12 billion lebih. Kita akan lihat, seperti yang saya sudah nyatakan dulu2- ini harga yang sudah di UMNOkan.

Modus operandi nya sama- kos sebenar akan ditambah dengan komisyen untuk golongan UMNO. Sebagai contoh kos PLUS yang sebenar hanya RM3 billion. Ia nya ditambah lagi dengan RM3billion menjadikan kos kepada rakyat sebanyak RM6billion. Sehingga hari ini, hasil kutipan tol ialah RM24billion. Ertinya, kos yang sudah diUMNOkan pun sudah dipungut kembali! Namun kerajaan penyamun UMNO meneruskan kutipan tol untuk mengagihkan rampasan perang.

Mengenai prpjek EDTP- pemberian nya hanya 9 hari sebelum Dr Mahathir berhenti jadi PM. Apa pasal nak beri semasa sudah mahu berhenti bagaikan tidak menyabar? Pada 1hb November 2003, Abdullah Ahmad Badawi, yang di kenali dengan nama manja Pak Lah, jadilah PM. Maka Kak Endon pun berkata- finally, you made it.

Kemudian Pak Lah mendeklamasikan sajak yang sekarang ini jadi bahan ketawa rakyat.

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi

Sekarang ini Al Ghazali entah dimana, al Shafie entah kemana, Islam Hadhari hilang dialam fana. Hari ini Pak lah membisu seribu bahasa,lidah nya kelu tidak berkata. Harta bertimbun , wang berjuta dan jin pun menamani hidup pencari damai abadi ini.

Perkara yang Pak lah lakukan sebaik sahaja menjadi PM ialah membatalkan beberapa projek yang diluluskan oleh Mursyidul am UMNO- Dr Mahathir. Antara nya, Jambatan Bengkok Singapura dan projek double tracking atau landasan kembar (EDTP) yang telah diberikan oleh mantan Mamak Bendahara kepada Syed Mokhtar dan Gamuda.  

Ini membuat Mahathir melenting marah. Lebih dari satu tahun, dia duduk bersama Pak Lah mendidik Pak Lah yang lembab itu mengenai apa Pak Lah boleh buat dan tidak boleh buat. Kita tidak jelas sama ada Pak Lah lupa atau dia sengaja lupa. Pendek cerita, Pak Lah melakukan apa yang dia dididik jangan lakukan. Dan membatalkan projek2 kesukaan Mahathir adalah antara perkara yang terlarang.  

Sebetulnya, Pak Lah bengang dengan Mat Arab Syed Mokhtar Al-Bukhary yang buat donno dekat Pak Lah ketika Paklah DPM. Maka, dalam masa 1 bulan menjadi PM, Pak lah melakukan perkara yang tidak diduga. Dia membatalkan projek Double Tracking dan projek Jambatan Bengkok dan lain2 projek yang Mamak Mahathir telah beri kepada kroni2 nya. Tidak ada orang pun yang beritahu Pak Lah jangan sekali membunuh lembu suci apatah lagi lembu suci peliharaan tokoh Malabari.  

Pak Lah menjustifikasi pembatalan kerana kewangan negara tidak bagus. Maka projek2 berprestij mesti dibatalkan. Ini menyebabkan Mahathir melenting. Ia nya menggambarkan seolah olah Mahathir telah salah urus kewangan negara- maka sekarang Malaysia tidak ada wang. Ianya juga menggambarkan bahawa projek Mahathir semua membazir dan Mahathir orang yang suka boros. Dalam bahasa yang lebih mudah, Mahathir si bodoh yang hentam keromo.  

Zikir dan ratib apa pun Mat Arab Syed Mokhtar guna, dia tidak berjaya menghidupkan projek Tracking. Menyampai tahun 2006, Syed Mokhtar menjadi resah dan gelisah. Maklum sajalah, untuk mendapatkan projek tersebut, dia dah bayar wang yang banyak kepada banyak pihak pada zaman Mahathir jadi PM. Syed Mokhtar sedar bahawa untuk mendapatkan kembali projek tersebut, dia terpaksa main pintu belakang. Orang dan penyokong UMNO memang suka pintu belakang.  

Syed Mokhtar  meminta CEO Gamuda, Lin Yun Ling, untuk kautim seorang Cina bernama Seow Lun Hoo untuk mengatur supaya dia dapat memasuki geng Pak Lah. Seow pun mendapatkan bantuan dari menantu Pak Lah Khairy Jamaludin dan kemudiannya, seorang yang bernama Shah Hakim, rakan baik kepada anak Pak Lah,  Kamaluddin. Dan seperti magic, dengan sentuhan Shah Hakim dan Kamaluddin Badawi, projek Double Tracking kembali hidup.

Semua fakta ini sekarang sudah pun di beritahu kepada pihak mahkamah bila geng2 Shah Hakim menyaman pihak Syed Mokhtar yang enggan membayar komisyen yang di persetujui. Seow dan Shah Hakim mengaku bahawa mereka telah memberi technical expertise dan networking capabilities  untuk menghidupkan semua projek yang bernilai RM12.4 billion tersebut. Mereka mendakwa bahawa melalui usaha mereka lah, projek double tracking itu kembali hidup.  

Yang dimaksudkan sebagai  ‘networking capabilities’ dan usaha2 pelbagai termasuk lah membuka pintu untuk CEO Lin dari Gamuda untuk membentangkan cadangan projek double tracking tersebut kepada Menteri yang menjaga EPU iaitu suami kepada Puteri Gunung Ledang, Effendi Norwawi. Effendi pada mulanya memberitahu Lin bahawa dalam iklim kewangan negara tidak berapa sihat, adalah sukar untuk kerajaan menghidupkan kembali projek tersebut.

Jadi apa nak buat? Main pintu belakang lagi. Effendi kemudian nya mencadangkan suatu kaedah pembiayaan yang dikenali sebagai Private Finance Initiative (PFI).  Yakni, pihak pencadang projek akan mebiayai projek tersebut dan kerajaan dibenarkan membayar pencadang pada suatu masa yang kemudian. Oleh kerana pencadang membiayai dahulu, maka kos nya tentulah tinggi.

Idea nya ialah: pihak pencadang boleh melonggokkan segala kos kewangan dan kos risiko kedalam kos projek tersebut dan membalun kerajaan dengan kos yang lagi tinggi. Dan si Effendi ini juga menasihatkan bahawa apabila projek ini diluluskan,  projek PFI tersebut boleh ditukarkan kepada kaedah biasa yakni design-and-build yang akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Dan itulah cara nya bagaimana Mat Arab dan Gamuda menipu rakyat Malaysia supaya percaya bahawa projek double tracking itu dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta. Akhirnya, kita pembayar cukai yang membiayai projek tersebut dan mengayakan puak UMNO dan kroni2 mereka seperti Gamuda dan Syed Mokhtar.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.