`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, February 3, 2013

MANA SUDAH RUMAH PPRT SAYA?





Saudara Pengarang,
SETIAP kali hujan lebat, rumah saya di Kampung Uloi, Tenom dilanda banjir. Setiap tahun antara dua hingga tiga kali rumah saya dilanda banjir. Walaupun sudah begitu lama saya memohon rumah PPRT di kawasan yang agak tinggi dan tidak dicapai banjir, namun penantian hanya satu penyiksaan.

Dalam usia 80 tahun, apa yang mampu saya lakukan melainkan berdoa agar Tuhan membuka hati Wakil Rakyat yang tidak pernah menjenguk saya walaupun sudah lebih lapan kali saya mengundi wakil rakyat yang bersilih ganti.
Saya berharap agar mana-mana Wakil Rakyat yang hanya pandai berjanji tetapi tidak pernah menunaikan janji agar memberikan saya tambang ke Putrajaya agar saya dapat menyerahkan sendiri Borang Permohonan Rumah PPRT kepada Perdana Menteri.

Jika Wakil rakyat tidak mampu menguruskan rakyat, berilah saya peluang menaiki kapal terbang kerana tambang Air Asia bukannya mahal. Jika tiketpun tidak mampu beri, bagaimana mahu terus jadi YB?

Salam Hormat,

MARIANAH BINTI KOMBARAN
Kampung Uloi Tengah, TENOM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.