`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, February 3, 2013

My Beautiful Malaysia tue apa?


Sana sini aku baca orang asyik dok kutuk2 program My Beautiful Malaysia. Konon nya program neh memaksa rakyat hadir dan blablabla.. mengerah budak2 sekolah, guru2 dan sebagainya untuk hadir bagi menyatakan sokongan ke atas program My Beautiful Malaysia.

Betul ke?  

Yang aku tahu ;

1. Program neh memerlukan guru besar + beberapa orang guru + pelajar untuk hadir.

2. Tujuan program ialah bergotong royong membersihkan kawasan.

Lihat bawah ;

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,


Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

MEMOHON PENYERTAAN PESERTA DALAM PROGRAM MY BEAUTIFUL MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya diarah oleh pihak Pengurusan Atasan merujuk kepada perkara di atas.

2.   Adalah dimaklumkan, Pejabat Ketua Setiausaha Negara akan menganjurkan Program My Beautiful Malaysia yang melibatkan penyertaan seramai 1 juta sukarelawan belia yang akan melaksanakan aktiviti-aktiviti kesukarelaan secara serentak di seluruh Negara pada 3 Februari 2013 (Ahad) yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri bertempat di Kampung Medan, Selangor. Sehubungan itu, dipohon jasa baik dan kerjasama daripada pihak Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk menamakan seorang (1) wakil daripada bahagian masing-masing untuk menyertai program ini.

3.     Dipohon jasa baik dan kerjasama daripada pihak Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk mengemukakan nama peserta, gred jawatan dan no telefon kepada bahagiankeurusetiaan@jkr.gov.my<mailto:bahagiankeurusetiaan@jkr.gov.my> selewat-lewatnya pada hari Khamis, 31 hb Januari 2013 sebelum jam 1 petang untuk tindakan selanjutnya. Sebagai makluman, pengangkutan dan makanan akan disediakan oleh pihak urusetia dan pihak KKR memaklumkan, pegawai yang hadir sebagai peserta akan diberikan cuti gantian. Maklumat lain seperti tempat dan masa berkumpul akan dimaklumkan kemudian melalui email selepas mendapat pengesahan daripada Bahagian Pentadbiran KKR.

4.    Bersama-sama ini juga disertakan surat daripada Kementerian Belia dan Sukan siri JBSN:R.M.400/05-06 JLD 2(88) yang jelas menerangkan maksudnya untuk tindakan pihak Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan. Kerjasama daripada pihak Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan segala kesulitan amat dikesali.


Sekian, terima kasih.

Yang menurut perintah,

Bahagian Keurusetiaan
Cawangan Pengurusan Korporat
Ibu Pejabat JKR Malaysia
No Tel  : 03-2610 7114/7118
No Fax : 03-2612 2068
   

Point penting ;

1. Program neh ialah program kesukarelawanan. Ada ke ayat neh hah? Mampos la. Taboh je la weh. Wakaka.

2. Setiap pihak yang dikehendaki menghantar wakil [pihak sekolah ataupun kementerian lain] perlu menghantar wakil. Berikan nama dan etc2 bagi menjayakan misi/matlamat program tersebut.

Lihat bawah ;



3. Matlamat program tersebut ialah bergotong royong, bersihkan kawasan dan etc2.

4. Dapat cuti ganti. Lepas tue pengangkutan pun ada. Makan pun ada.

5. Rupanya ini program kemas2 satu malaysia secara besar-besaran. Nak cakap paksa hadir pun takde kot. Dapat cuti ganti lagi. 

Pendapat aku.

1. Program neh ada matlamat yang baik.

2. Boleh diteruskan. Tapi bab cuti ganti tue aku ingat tak payah kot. Bayangkan 10,000 orang kakitangan awam dapat cuti ganti sebab bersihkan kawasan? Hak eney. Satu pembaziran tenaga. Kerajaan tak perlu susah payah bagi cuti ganti. Ada masa2ny kerja macam neh kita kena buat dengan lapang dada. Bukan selalu ajak ko gotong royong kan. Rileks la.

3. Bab makan free aku sokong. Bab pengangkutan free tue aku rasa tak perlu la. Patutnya ko open pada mereka2 yang ada kenderaan. Lagipun takut pengagihan peruntukkan tue lari. Jangan2 lebih kepada songlap. 

4. Dan kalau seriyus masalah pengangkutan tue jadi isu, ko patut offer tempat yang perlu dibersihkan, berdekatan di kawasan masing2. Tue lebih baik. Nama program sukarelawan kan? Patutnya penggunaan duit tue harus dikurangkan. Jangan ko bagi baju free, topi free sudah la. Tak guna sambil bersukarela sambil buang duit pada pembuat topi n blablabla tue. 

5. Alamak.. kalau nak kemas2 macam neh bukan ramai yang nak p pun kalau tak diwajibkan hadir. Kena paksa g baru depa hadir. Betul aku setuju. Paksa je mereka pergi. Benda2 baik untuk kemas2 satu malaysia kalau kena paksa hadir pun takde hal. Aku sokong jek. Kalau paksa hadir untuk nyatakan sokongan kepada bn, kena pegang bendera, dapat upah dan blablabla.. tue boleh la komplain. Yang neh aku tengok ada pengisian yang baik.

6. Apa pun boleh juga jadikan ia acara tahunan. Dan oke juga dijadikan sebagai acara bulanan untuk pesalah2 seperti pesalah2 traffic, bohsia, mat rempit, mat pit, mat gian, pencuri, penjenayah dan blablala..

7. Untuk anak2 yang bermasalah, pelajar2 yang suka melawan guru pun oke. Ko hantar je nama2 tue kat pihak berkaitan. Biar depa kena bersihkan kawasan sebab melawan. Masa aku kat sekolah dulu, aku pernah kena denda sapu sampah, sapu padang [jalan tar], kemas padang [rumput]. Aku tak serik2. Lepas kena cuci tandas terus aku stop. Cilakak. Kerja tue tak best beb. Wakaka.

Apa pun aku puji la program My Beautiful Malaysia. Ada usaha yang baik. Mohon BN jangan jaja ia sebagai program politik sudah. Kalau ia dijaja sebagai program politik, tak kira baik mana la program lue sekalipun orang tetap menyampah. Pasal orang menyampah kat bien. Lue kena faham la. 

kah kah kah 





Tapi, tak lengkap rasanya kalau kita tak dengar pendapat dari mereka2 yang terlibat secara peribadi dengan program ini... so kalau nak tahu program ini berjalan sepertimana matlamat dia ke tak, kita tunggu la mereka2 yang terlibat dengan program ini bersuara kalau ada. Jangan2 mereka ada cerita lain yang aku tatau. Pakat2 share oke. Bai.  

- amenoworld

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.