`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, February 11, 2013

Najib gunakan peruntukan wang luar jangka untuk BR1M 2.0 kerana jika BN kalah dalam pru-13, mereka tak perlu bertanggungjawab


Anwar Ibrahim Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail Datuk Seri Najib Razak RM2 bilion Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mendedahkan, kerajaan Umno diterajui Datuk Seri Najib Razak menggunakan RM2 bilion peruntukan wang luar jangka untuk  pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.
“BR1M 2.0 berjumlah lebih RM4 bilion. Kira-kira RM1 bilion melebihi BR1M 1.0. Untuk tujuan itu kerajaan akan gunakan sehabis-habisnya RM2 bilion peruntukan wang luar jangka,” katanya.
Menurut Azan, dengan menggunakan peruntukan tersebut, kerajaan tidak perlu menjelaskan wang itu dibelanjakan untuk apa.
“Sebab itu Najib kata tak gunakan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), Socso dan Tabung Haji, kerana mereka gunakan peruntukan tersebut (wang luar jangka). Mereka guna habis-habisan dengan andaian jika kalah dalam pilihan raya, mereka tak perlu bertanggungjawab,” jelasnya.

“BR1M 2.0 juga peluang Umno sekali lagi untuk ‘songlap’ wang negara tanpa beri angka tepat. Sekadar sebut secara rambang kononnya RM3 bilion dibelanjakan ke atas 4.5 juta rakyat, sedangkan hanya separuh yang dapat. Ini kerana mereka letak syarat penyokong pembangkang tidak layak dapat bantuan, dan mengikut kajian pada 2008, lebih 45 peratus rakyat menyokong Pakatan,” katanya.
Menurut Pengerusi KEADILAN Terengganu itu, sebelum ini kerajaan pernah menggunakan peruntukan tersebut seperti yang didedah Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada November 2011, namun hingga kini belum diganti.
“Mengikut Perlembagaan Persekutuan, wang peruntukan luar jangka mesti kena sentiasa ada RM2 bilion, tak boleh kurang. Jika digunakan ia mesti diganti segera. Tapi dari dulu sampai sekarang, tak pernah diganti,” katanya.
Perdana Menteri mengumumkan BR1M 2.0 semasa pembentangan Bajet 2012 di Parlimen pada 28 September dan mula diedarkan 2 Februari lalu.
Anwar pada sidang medianya di Parlimen 8 November 2011 berkata, kira-kira RM1.4 bilion daripada Bajet Wang Luar Jangka atau peruntukan kecemasan Perbendaharaan Negara lesap.
Katanya, dana itu dibekalkan mengikut Perkara 103 Perlembagaan Persekutuan, bagi peruntukan tambahan RM1.5 bilion.
Menurut beliau, peruntukan itu dinyatakan dalam anggaran Laporan Perbelanjaan Persekutuan 2012 yang dibentangkan bersama-sama dengan Bajet 2012.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.