`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, February 3, 2013

PANAS! CEO Petronas Mahu Disingkir!



Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Shamsul Azhar Abbas dan kepimpinan barunya berdepan dengan desakan gabungan 42 NGO ekonomi Melayu dan 101 NGO ekonomi bersekutu, mahu mereka disingkirkan daripada mengepalai syarikat minyak negara itu.

NGO tersebut yang bergabung di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (Mtem) mendakwa Petronas sebagai sebuah syarikat nadi ekonomi negara telah gagal menjalankan tanggungjawabnya membantu meningkatkan ekonomi usahawan Bumiputera.

"Nila setitik rosak susu sebelanga. Shamsul Azhar adalah nila setitik yang merosakkan susu sebelanga," tegas Pengerusi Mtem, Syed Ali Mohamed Alattas.
"Arahan yang jelas perlu diberikan kepada organisasi Petronas. Apa yang patut saya lakukan itu yang perdana menteri tanya, kita akan beritahu pandangan kita, beberapa perkara perlu dibetulkan, tentukan pembangunan  usahawan Bumiputera berjalan dan dapat 'heavy cake' bahagian dalam program ini yang mana sekarang ini sudah tertinggal ke belakang sekarang ini," tegas beliau.
Menurut Mtem, pihaknya telah menzahirkan rasa kecewa dan amarah terhadap tindak tanduk Petronas di bawah kepimpinan Shamsul kepada Perdana Menteri, Najib Altantuya.

Selain corak pengurusan yang menjurus ke arah perkembangan negatif, difahamkan juga terdapat elemen rasuah yang kini sedang dibongkar dari semasa ke semasa oleh Mtem.
Berdasarkan aduan yang diterima daripada pihak yang berkepentingan dalam dan luar Petronas, lima perkara telah dirumuskan mengapa Petronas dilihat gagal.

Dasar keterbukaan Petronas kini dilihat mengutamakan syarikat-syarikat asing yang sebahagiannya tidak memiliki lesen Petronas sepertimana yang termaktub dalam undang-undang.

Petronas juga dilihat tidak memberi peluang secukupnya kepada usahawan Melayu dan tempatan untuk terlibat dalam projek-projek mega negara seperti Samur dan Sogt Kimanis.

Mtem juga mendakwa Petronas juga telah melantik individu-individu yang dahulunya ketua-ketua syarikat pesaing Petronas iaitu Shell untuk mengisi jawatan strategik dalam GLC itu.

Bahkan, aneh sekali apabila warga asing dan bekas ketua-ketua dari syarikat pesaing Petronas dahulunya kini menjawat jawatan strategik dalam syarikat konglomerat itu.

"Keuntungan Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MMHE) jatuh walaupun bertukat ke kepimpinan warga asing dan dilaporkan telah dikeluarkan dari indeks FTSE Bursa Malaysia (FBM KLIC) akhir tahun lalu (24 Disember) 2012," tulis satu kenyataan khas Mtem.
Mtem juga telah menerima aduan di mana terdapatnya projek baru Petronas yang kelihatan berisiko, tidak menguntungkan dan tidak sejajar dengan matlamat dan halatuju pembangunan Petronas.

Menurut Mtem lagi, terdapat juga aduan yang mengatakan Petronas turut memberi kontrak kepada syarikat-syarikat berkepentingan asing yang bermasalah, tidak mempunyai pengalaman kerja yang baik dan masalah integriti.

Selain itu, pelbagai polisi baru dan halangan turut menyebabkan usahawan Melayu dan tempatan kehilangan pekerjaan dan lesen semasa mahu memperbaharui lesen dari Petronas seperti yang berlaku ke atas Steel Structure Swac Code, Detail Design Engineering Swar Code.

Sehubungan itu, Mtem menggesa Petronas yang menjadi benteng ekonomi negara diperbetulkan sebelum ia rosak dan perubahan harus berlaku sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi memberi keyakinan kepada rakyat bahawa amanah rakyat tidak dikhianati.

Sementara itu, seorang pemegang amanah Mtem yang enggan namanya didedahkan memberitahu, penasihat Petronas, Mahathir Mohamad juga bersetuju bahawa kepimpinan Petronas di bawah Shamsul bermasalah.

"Sampai Mahathir kata baiklah, saya setuju dengan anda dan pergilah jumpa presiden kemudian jumpa saya semula," katanya.

Mtem akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu depan ekoran dakwaan rasuah dalam Petronas dan memuat naik maklumat semasa mengenai kepincangan syarikat itu menerusi www.mtem.my.
- Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.