`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, February 17, 2013

Pasangan Bonnie and Clyde Malaysia


Ini pasangan Bonnie & Clyde yang ori

Dato Najib cakap berdegar degar sebagai pembela maruah bangsa Melayu. Tapi ramai kawan saya berkata, bagaimana dia hendak membela maruah bangsa, ketikamana, maruah dia sendiri tidak terjaga. Deepak menuduh dengan terang bahawa PM kita rasuah. dan ada juga kawan saya dari UMNO yang mengatakan, kalau kita bongkar semula prestasi Najib sebagai menteri pertahanan, mahu dia kena lokap 100 tahun. Jangan bimbang saya beritahu kawan saya- kita akan buat tribunal kaji semua termasuk Najib. 

Sikap bacul macam ini tidaklah mengherankan. Dia tidak ada budaya berbahas dan berdebat. Dia hanya ada budaya monolog dan memerintah seperti seorang feudal.Dan dia bukan warisan orang yang berani. Ketika tok nenek saya bertombak dan berlembing, berparang dan berkeris melawan penjajah Inggeris, tok nenek Dato Najib berpoya poya dalam istana mungkin dengan gundek3 dari Mongolia.

Bila Tokcai Mahathir nasihatkan Najib supaya jangan menjawab Deepak, kesan nya ialah lagi berat. Deepak tulis surat terbuka mengikut tradisi yang diamalkan oleh Mahathir sendiri. Mahathir memulakan tradisi menulis surat beracun dan surat layang.

Kedua, kerana ini nasihat dari seorang yang menasihat lebih baik berkawan dengan syaitan- mahukah sesiapa mengikut nya? Hanya mak bapak yang miring kepala menasihatkan anak2 supaya berkawan dengan budak jahat.

Mahathir adalah orang terakhir yang boleh nasihat rakyat mendapat keadilan dari system kehakiman negara ini. Fakta nya, system kehakiman kita hilang kredibiliti dan kepercayaan. Orang yang membunuh integrity institusi kehakiman ialah Mahathir sendiri. Maka untuk Mahathir menasihati Deepak untuk cari keadilan melalui system kehakiman, adalah hipokrasi pada pihak nya. 

kita ada cara mereformasikan institusi kehakiman. Cara yang paling mujarab mengobah instutusi kehakiman dalam negara kita ialah dengan memencenkan 10-15 hakim teratas di Malaysia.

Dua pembunuh upahan yang menembak dan mengebom Altantuya mengaku mereka di perintah, hakim jadi bisu tidak mahu tahu siapa yang mengeluarkan perintah. Ini keadilan yang setengah masak. Bila PR ambil alih kerajaan, kita mesti buat pengadilan semula. Dan mereka yang bersekongkol menutup kebenaran atau subvert justice must also be tried by a special court. This means bringing to book the presiding judges, the prosecution team and all others involved in the most farcical of proceedings. Tuan hakim tuan pendakwa raya- kamu tidak boleh lari.

Nasihat Tokcai Mahathir supaya Deepak menggunakan saluran mahkamah sama nilai nya bila Tun Musa Hitam dengar kenyataan Tokcai Mahathir bahawa semua pemimpin negara ini, rasuah!.  Tokcai Mahathir is the last person to pontificate about corruption. Tuduhan rasuah datang dari orang yang dikatakan mempunyai kekayaan persendirian bernilai USD44 billion tentulah sukar untuk diterima.

Oh ya- kita akan ujudkan tribunal untuk membuktikan tuduhan ini!. Mana  maruah bangsa Malaysia mahu membiarkan negarawan yang memerintah Malaysia selama 22 tahun dengan segala kegemilangan di perlakukan demikian? Ini sungguh memalukan tokcai saya yang boleh berjalan atas air. Cis berdebah mereka yang mengotori nama Tokcai saya.

Yang paling menarik ialah Deepak berharap surat nya kepada Tokcai Mahathir akan mendapat simpati dari negarawan tua tersebut memandangkan ‘baka’ mereka sama. Bukan saya kata- Deepak J yang kata. Kita mesti percaya kawan baik kak ros dan abang Jib ni. Banyak bakti yang dia lakukan untuk keuaga Najib rupa nya.

Secara terang Deepak menyatakan bahawa institusi kehakiman tunduk kepada perintah ketua eksekutif. Tentulah Najib sebagai pengikut musyidul am UMNO, Tokcai Mahathir,  melakukan apa yang Tokcai sendiri mulakan- yakni menundukkan institusi kehakiman. Deepak mendapat penghukuman yang menyebelahi nya, tapi kerajaan Najib engkar kepada perintah mahkamah. Dan engkar sudah pastlah suatu sifat laku perangai syaitan dan iblis yang Tokcai sendiri cadang supaya dijadikan kawan bukan?

Mana muka panglima UMNO yang membentengi pemimpin mereka apabila didedahkan bahawa transaksi matawang asing yang Deepak kendalikan pada tahun 2010 semua nya melibatkan kepentingan Najib, Rosmah dan anggota keluarga Najib? Ini termasuklah penjualan bangunan dan harta rakyat seperti bangunan Angkasa Raya, tanah di Bukit Raja dan Menara Glomac.

Bukankah ini membuktikan bahawa Najib dan Rosmah ini Bonnie and Clyde Malaysia yang merompak dan melanun negara?  Kalau Najib dan insteri tidak jawab tuduhan dari penjual karpet jutawan ini, maka sahlah Malaysia ada couple Bonnie and Clyde nya sendiri. 

Negara kita kena diselamatkan!

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.