Jurufoto : Hanabira
Petang semalam aku meredah bagan Cina tak jauh dari tempat tinggal aku. Bersama pimpinan Pas Kawasan dan PKR, kami berbahagi lorong. Kebetulan ada pasar malam setiap Khamis, penuh sesak jalan dibuatnya. Kaum Cina ramai yang keluar shopping bhai! Maklumlah pada paginya aku dimaklumkan mereka semua dah terima BR1M 2.0 tu…RM500 memang tak banyak pada orang kaya,bagi orang berada tapi bagi kaum nelayan seperti mereka,itu 1 jumlah yang banyak.
Sebelum tu, Menteri Pertahanan yang rumah orangtuanya tak berapa jauh dari rumah aku dah bagi RM100 dan sekotak limau mandarin pada setiap keluarga Tionghua sempena Tahun Baru. Jika nak dibandingkan dengan material, memanglah ibarat langit dengan bumi. Kami cuma bagi 3 butir limau! Mula-mula petugas letak 4 biji tapi bila ditanya kepada kawan Cina, mereka kata jangan 4! Itu angka tarak ong!Selainnya dalam beg tu kami isi sebungkus kacang tanah dan risalah-risalah PR dalam tulisan Cina.
Rata-rata yang menyambut kami, semuanya sangat mesra,sangat ramah dan begitu terharu dengan kunjungan kami ke setiap lorong. YDP kami,Ustaz Misbahul Munir dan Saudara Madhi Hassan (PKR) dah berpecah ke lokasi lain. Aku dengan geng muslimat ditemani oleh Unit Amal dan penunjuk jalan, meredah ke setiap rumah.
“Ini kali aaa…kita pangkah koyok lagi ma!”
“Apa itu koyok?” Aku memancing sorang Apek yang menyambut kami. Aku tau koyok,kadang-kadang bila rasa lengoh-lengoh badan, aku tampal jugak koyok tu kat mana-mana yang perlu. “Itu koyok, lu kalau sakit mesti pakai maa…mana ada lu letak itu timbang dekat lu punya badan…” Jawab Apek tu,sambil diiringi gelak oleh kawan-kawannya yang ada sekali. Aku pun gelak jugak. Rupanya parti Pas @lambang Pas berimej bulan tu mereka panggil “koyok.”
“Apa itu koyok?” Aku memancing sorang Apek yang menyambut kami. Aku tau koyok,kadang-kadang bila rasa lengoh-lengoh badan, aku tampal jugak koyok tu kat mana-mana yang perlu. “Itu koyok, lu kalau sakit mesti pakai maa…mana ada lu letak itu timbang dekat lu punya badan…” Jawab Apek tu,sambil diiringi gelak oleh kawan-kawannya yang ada sekali. Aku pun gelak jugak. Rupanya parti Pas @lambang Pas berimej bulan tu mereka panggil “koyok.”
Bukan calang-calang mereka ni. Nampak je macam jauh ketinggalan tapi bila kami tanya mana anak-anak? Sudah balik ke? Ada yang jawab anak dia kerja kat Singapore. Kat Taiwan. Kat Hong Kong. Kat Amerika pun ada!!! Agaknya dengan kepandaian anak-anak mereka yang celik IT, mereka sudah lama terbuka minda. Dah tau tentang betapa banyak penyelewengan yang dah berlaku dalam pemerintahan. Sebab tu bila kami perkenalkan diri yang kami ni orang PR, mereka begitu teruja! Sorang lagi sahabat Cina yang sempat aku temuramah berkata, ” Wa sudah lama sakit hati sama BN. Cakap semua tipu..” Aku menyampuk, ” Itu wang 500 you angkat ka?” ” Haiyaaaa…itu bukan duit BN maaa…itu kerajaan punya, kita punya…sapa-sapa pun jadi kerajaan mesti buat baik sama rakyat, ada betul ka?” Dia sambung lagi, ” Nanti lu orang (PR) jadi kerajaan, mesti lagi baik maaa..Jangan jadi serupa BN!”
Lewat petang, kami selesai menjalankan misi, hati rasa puas dan seronok dapat turun sendiri dan bertemu dengan pengundi dan bakal pengundi. Semasa balik,aku dok memikir. Kaum Cina di sini dah ramai yang open minded. Yang faham. Tapi aku sedih betul, ramai orang Melayu yang masih berkata, “Kalau tak ada BN, abis la kita..!!!”
Kat Kelantan, dah lebih 20 tahun TGNA memerintah bersama menteri-menterinya. Pas yang berkuasa di sana. Tak pernah lagi aku dengar berita ada rakyatnya yang mati kebuluran. Yang aku tau, BN dah sangat nazak. Terdesak yang amat-amat. Kenapa? Semalam, beberapa orang kawan aku, semuanya ustaz dan ustazah KAFA dikerah untuk mendengar 1 taklimat di Rest House,Teluk Intan.
Ustaz Mat Noor Deris, yang menggantikan Zamberi membelasah pembangkang habis-habisan! Apa yang tak dikatanya pada TGNA dan TGHA. Majoriti ustaz-ustaz ,lepas sain pendaftaran, keluar dewan! Ada yang terus balik. Yang perempuannya tahan duduk dalam toilet! Yang duk depan pentas je tak dapat nak escape! ” Jangan hantar anak-anak awak ke Pasti, nanti habis anak–anak awak diajar pijak gambar Najib!!!” Alahai..ni mentaliti tahap apa ni bhai????
So, tak nak cerita panjang. Awak semua fikirlah sendiri…..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.