`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, February 5, 2013

Terkini:Semak Keputusan BR1M 2.0 Online 2013


Terkini: Semak Keputusan BR1M 2.0 Online. Status permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan diketahui bermula 10 Februari 2013. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 RM500(Isi rumah) dan RM250 (Individu Bujang) telah mula diagihkan kepada pemohon baru yang berjaya mengikut kriteria dan syarat yang ditetapkan semasa memohon bantuan itu secara atas talian (online) ataupun manual (guna borang) bermula awal Februari dan difahamkan akan berjaya diselesaikan di akhir bulan ini.
Kepada permohonan yang telah diluluskan dan menerima Slip Jemputan Penerima,sila pastikan anda membawa kad pengenalan asal surat kelulusan penerima BR1M 2.0 dan Slip Jemputan tersebut semasa ke majlis penyerahan bantuan yang ditetapkan

Para pemohonan BR1M 2.0 boleh membuat semakan masing-masing menerusi talian hotline1-800-222-500/1-300-88-3010. 

Setiap permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melaui pos secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 diadakan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.