`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, February 18, 2013

USCO BANTAH TUNTUTAN 'SULTAN SULU'





Oleh: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN: Tuntutan sekumpulan warga asing yang dikatakan bersenjata dan lengkap berpakaian ala tentera ingin meminta pengiktirafan sebagai tentera Diraja Kesultanan Sulu dan menghentikan pengusiran orang-orang Sulu atau Suluk sepatutnya tidak timbul.

Presiden Pertubuhan Masyarakat Suluk Bersekutu (USCO), Bentan Alamin berkata, ini kerana Suluk adalah masyarakat bumiputera yang sudah lama bermastautin di negeri ini; masakan pula perlu ada tuntutan tersebut.
Sehubungan dengan itu, beliau berharap pihak kerajaan negara ini agar menolak sekeras-kerasnya tuntutan kumpulan yang baru-baru ini menceroboh masuk perairan dekat Lahad Datu memandangkan tidak diketahui apa sebenarnya matlamat mereka.

"USCO tidak setuju sebab tuntutan sebegini boleh mencemarkan nama baik orang-orang Suluk bumiputera di Sabah, malahan hanya akan mencetuskan rasa syak wasangka terhadap orang-orang Suluk itu sendiri," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, kelmarin.

Bentan berharap pihak kerajaan menerusi pasukan keselamatan sedia ada akan dapat menjalankan rundingan yang baik dengan kumpulan berkenaan sekali gus menyelesaikannya secara aman tanpa melibatkan insiden yang menggugat keselamatan negara.

Pada 13 Februari lepas, pasukan keselamatan Malaysia telah menahan sekumpulan warga asing bersenjata yang berpakaian tentera apabila menceroboh perairan dekat Lahad Datu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.