SABAH lebih berhak dalam ertikata pengagehan seimbang semua peluang, baik dalam aspek sosio ekonomi, pembangunan infrastruktur dan penghidupan yang lebih berkualiti.
Kita menghadapi situasi yang amat menyedihkan di Sabah : Apa yang dipanggil 'autonomi' hanyalah merupakan satu impian belaka. Rejim 'pecah dan perintah' yang diamalkan Kuala Lumpur telah meranapkan nilai-nilai kemanusian ketahap perhambaan.
Maruah, martabat, kedaulatan dan keselamatan negeri dan Negara terancam dengan kehadiran pendatang tanpa izin (PTI) yang ramai sudah memiliki status yang sah.
Walaupun Sabah terkenal dengan kekayaan hasil dalam negeri dan pernah satu masa dahulu menjadi negeri kedua terkaya dan sekarang pula menjadi sebuah negeri yang termiskin yang menyebabkan rakyat Sabah tanpa kuasa terpaksa tunduk kepada telunjuk orang lain, terutama sekali kepada kuasa politik Kuala Lumpur.
INI MESTI BERUBAH
Parti Maju Sabah (SAPP) berikrar melakukan perubahan ini dan mengembalikan Sabah dikedudukan yang munasabah dalam Malaysia.
17 September 2008, adalah tarikh SAPP mengambil langkah muktamad untuk meninggalkan Barisan Nasional. Pada ketika itu juga SAPP telah meluluskan 'Deklarasi Rakyat' dikenali sebagai Deklarasi 8 Perkara yang memperuntukkan garis panduan asas kepada manifesto kita untuk pilihanraya ke 13.
Dengan adanya barisan kepimpinan yang mantap, berdisplin dan bersatu padu dalam SAPP, parti ini akan mampu melahirkan satu pasukan kuat sebagai sebuah Kerajaan. Tetapi sebelum kita dapat melaksanakannya kita memerlukan pengundi-pengundi di Sabah menerima hakikat perjuangan kita demi untuk mengelakkan segala kepincangan dan mengembalikan :
-semangat Perjanjian Malaysia
-kedudukan kita sebagai rakan kongsi dalam Persekutuan Malaysia.
-hak dan kuasa dalam memilih kepimpinan negeri kita
-hak kita dalam menguasai hasil negeri
-Peranan kita dalam pentadbiran negeri yang kita cintai ini.
Malaysia adalah sebuah Negara yang sejarah etniknya amat berbeza antara satu dengan lain. Kita akan menuntut pendekatan agar matlamat 'satu negeri dua system' diamalkan sebagai penyelesaian kepada perbezaan yang begitu ketara demi mengelakkan keunikan Sabah tidak akan tersisih dan akhirnya dilupakan.
Hanya dengan sokongan yang padu dari para pengundi di Sabah akan memastikan manifesto kita ini menjadi satu kenyataan.
Dengan misi kita untuk 'mewujudkan sebuah Kerajaan yang amanah dan masyarakat yang progresif adil dan sejahtera' kita berikrar kepada rakyat Sabah bahawa kita akan melaksanakan perkara berikut :-
1. Kad Pengenalan Sabah (SABAH IC)
Demi untuk mempertahankan hak asasi rakyat tulen di Sabah, kita perlu memiliki Kad Pengenalan sendiri demi untuk membezakan diri kita daripada pemegang kad pengenalan haram atau pun palsu.
Pengeluaran risalah-risalah atau surat palsu yang begitu menular di Sabah menunjukkan kelemahan pihak berkuasa Malaysia dalam mempertahankan dan memelihara kedaulatan Negera.
Kerajaan SAPP akan mengeluarkan Kad Pengenalan Sabah kepada rakyat Malaysia di Sabah yang berkelayakan. Sebuah jabatan negeri akan ditubuhkan untuk mengendalikanya. Perkara ini adalah termaktub dalam perlembagaan Sabah dan Malaysia.
Pemegang IC Sabah akan berhak atas pemilikan tanah dinegeri ini, lesen perniagaan, biasiswa negeri, bantuan kebajikan dan kemudahan lain dari Kerajaan Negeri atau agensi-agensinya.
2. BORNEONISASI
Sebagai rakyat tulen Malaysia, kita di Sabah secara ikhlas merasakan bahawa Kerajaan Pusat harus menghormati Perjanjian Malaysia 1963, yang mendukung kepentingan, hak asasi dan autonomi rakyat Sabah dalam penubuhan gabungan Malaysia.
Sudah menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat untuk menghormati dan melaksanakan Perjanjian Malaysia yang bersabit dengan Borneonisasi dalam perkhidmatan awam Federal di Sabah.
SAPP akan menuntut apa yang menjadi hak mutlak Sabah, termasuklah menggunakan saluran perundangan. Satu tindakan undang-undang bersabit dengan Borneonisasi akan diambil enam bulan setelah SAPP menubuhkan Kerajaan Sabah andainya Kerajaan Pusat gagal atau enggan menghormati janji bersabit dengan Borneonisasi sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.
3. Kaji Semula Hubungan Negeri - Pusat
SAPP akan mendesak pengkajian semula kepada gabungan Malaysia berdasarkan perlembangan agar ianya benar-benar mencerminkan semangat dan tujuan penubuhannya. Pengkajian semula ini akan merangkumi :-
-Mahkamah Tinggi Borneo akan dipertingkatkan status dan kuasanya.
-Pemindahan kuasa perundangan dalam schdule 9 (Senarai Perundangan dan Perlembagaan Persekutuan) dari senarai Federal kepada senarai bersama, dan dimana sesuai, kepada senarai Negeri yang melibatkan perdagangan, perniagaan, perusahaan, perkapalan, perikanan, komunikasi dan pengankutan, janakuasa dan kuasa hydro, pembancian, pendaftaran kelahiran, kematian dan perkahwinan, buruh, kebenaran kelulusan kerakyatan Malaysia di Sabah, dan akta pinjaman wang, termasuklah sumber kewangan yang berkaitan pengambilan balik fungsi-fungsi kerajaan.
-Schdule 10 bahagian V (Tambahan sumber pendapatan dikhaskan kepada Sabah dan Sarawak) boleh diperluaskan merangkumi minyak dan gas, cukai kastam dan pendapatan asal dari Sabah seperti cukai jualan yang dikutip di negeri ini.
4. Memperkasakan Status Anak Negeri Sabah
SAPP mengistiharkan sokongan agar Mahkamah Anak Negeri di berikan kedudukan dan status yang setaraf dengan mahkamah-mahkamah di negara kita ini.
Sebuah Jabatan 'Perundangan Dan Kehakiman Anak Negeri' akan ditubuhkan demi untuk mengendali dan mentadbir sistem Mahkamah Anak Negeri Sabah.
Kerajaan SAPP akan mengulangkaji dan menyelaraskan Akta Enekmen Intipretasi Anak Negeri untuk memberi penekanan terhadap status anak negeri, sino dan kahwin campur.
5. Suruhanjaya RCI
Ketidakadilan telah berlaku terhadap rakyat Malaysia tulen dengan kehadiran PTI yang telah berkongsi segala nikmat dan kemudahan dan juga telah mengancam penghidupan dan keselamatan kita. PTI dan kerakyatan haram yang dikenali sebagai 'Projek IC' adalah punca segala ancaman kepada negara terutama sekali rakyat Malaysia yang tinggal di Sabah.
SAPP akan mendesak penubuhan Suruhanjaya Penyiasatan Sabah terhadap PTI sesuai dengan kehendak Akta Suruhanjaya Penyiasatan 1981 demi mempertahankan kedaulatan Negeri Sabah dan hak asasi rakyat jelata.
6. Undang-Undang Anti Lompat
Demi untuk mengelakkan wakil-wakil rakyat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen dari bertukar parti setelah dipilih, SAPP akan mengajukan satu rang undang-undang anti lompat dimana wakil yang dipilih tersebut dikehendaki mengosongkan kerusi yang dimenanginya. Wakil tersebut diperbolehkan bertanding di kawasan yang sama. Undang-undang ini memerlukan penggubalan perlembagaan Negeri dan Persekutuan.
7. Pembangunan Sosial
7.1 Perpaduan dan keadilan sosial
SAPP berikrar untuk membina sebuah masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu, hidup dalam aman dan harmoni, menjunjung toleransi dan kebebasan beragama dengan berlandaskan Perlembagaan Negeri dan Persekutuan.
SAPP berikrar :
-menolak politik perkauman dan ekstrimis agama.
-membasmikan amalan politik dan diskriminasi perkauman.
-membina masyarakat madani yang bermaruah.
-membasmi rasuah dan ketidakadilan sosial.
7.2 Masyarakat Penyayang
Setiap rakyat Malaysia di Sabah yang memiliki Sabah IC akan berhak menerima bantuan dan kebajikan sosial tanpa mengira latar belakang etnik dan agama.
SAPP berikrar kepada Rakyat Sabah yang memegang IC Sabah:
-memberi bantuan terus kepada kumpulan sasar untuk membasmi kemiskinan tegar.
-memberi bantuan kepada OKU, warga emas, ibu/bapa tunggal dan anak-anak yatim.
-Rumah Sabah di Kuala Lumpur akan mengambil tanggungjawab tambahan dalam memberi bantuan dan kaunseling kepada rakyat Sabah yang bekerja atau belajar atau tinggal di Semenanjung Malaysia.
7.3 RM 300 Juta Untuk Pembeli Rumah Pertama
Perumahan adalah keperluan asas manusia. Ramai orang sekarang ini tidak mampu membeli dan memiliki rumah terutama sekali kumpulan yang berpendapatan rendah kerana harga rumah sudah melambung tinggi.
SAPP berikrar kepada pemilik Sabah IC:
- untuk memenuhi matlamat satu keluarga satu rumah
menubuhkan tabung pusingan berjumlah RM 300 juta untuk pembeli rumah pertama.
mengadakan kempen rumah setinggan sifar.
-mengadakan perumahan percuma untuk miskin tegar.
-menawarkan premium yang lebih rendah untuk pemaju perumahan kos rendah.
7.4 Pembelajaran
Pelajaran adalah satu-satunya keperluan penting untuk kemajuan sesebuah masyarakat dan pembentukkan insan yang seimbang dari segi kerohanian, fizikal dan minda.
Di bawah "SATU NEGERI, DUA SISTEM",
Kerajaan SAPP berikrar :
-Sabah akan membenarkan sekolah di Sabah untuk memilih amalan PPSMI (pengajian sains dan matematik dalam bahasa Inggeris)
-Untuk menyelesaikan masalah bersabit dengan perkhidmatan guru sandaran dan kekurangan guru disekolah-sekolah vanikular akan diatasi.
-Yayasan Sabah akan mempertingkatkan usahanya kearah merapatkan jurang perbezaan sosial dengan menghulurkan bantuan dalam bentuk pembinaan asrama diluar bandar terutama sekali di kampung-kampung terpencil.
-Untuk memberikan biasiswa, busari dan bantuan kewangan sebagai pendahuluan oleh kerajaan negeri dan juga Yayasan Sabah akan diagihkan secara adil dan telus kepada semua rakyat Malaysia yang memegang IC Sabah berdasarkan kelayakan.
-Membantu penuntut-penuntut miskin dan memerlukan terutama dari kampung terpencil akan diberi bantuan kewangan oleh Yayasan Sabah.
-Komited dalam pembangunan pembelajaran Negeri dan akan memperuntukkan dana setiap tahun untuk semua sekolah-sekolah vanikular dan mission di Sabah.
-Sabah adalah sebuah negeri yang tinggi tahap 'keciciran pelajar' di Malaysia. Dalam usaha untuk memberi peluang kedua kepada anak-anak muda ini, SAPP akan mengadakan program kelas malam dewasa yang komprehensif di seluruh negeri. Elaun akan diperkenalkan untuk menggalakkan pengajian sepanjang hayat untuk mengelakkan kaum belia terjebak dalam kancah yang tidak menguntungkan dan menggelakkan gejala buta huruf dan lingkungan kemiskinan.
7.5 Warisan Sabah
SAPP komited untuk menjaga dan mempertahankan kebudayaan semua kaum di Sabah berdasarkan keadilan dan kesaksamaan, di samping menghormati kebudayaan semua rakyat Malaysia.
Memandangkan kedudukan dan pengalaman istimewa Sabah, Kerajaan SAPP akan menubuhkan sebuah panel yang akan memastikan sejarah Sabah berada dalam perspektif yang betul.
8. Amanah Progresif Kesejahteraan Rakyat Sabah
SAPP bercadang untuk menubuhkan amanah kebajikan rakyat dinamakan Amanah Progresif Rakyat Sabah (APRS). Sumber dana untuk tabung amanah ini akan disalurkan dari hasil minyak dan gas dan sumber-sumber lain.
Rakyat Malaysia yang sudah berumur 21 tahun, yang telah berdaftar sebagai pengundi dan bermastautin di Sabah serta memegang 'IC Sabah' akan layak untuk menerima pembahagian wang tunai yang jumlahnya akan diputuskan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah.
9. Infrastruktur Asas
Infrastuktur dan kemudahan awam di Sabah masih jauh ketinggalan terutama sekali dalam aspek keperluan dan pengendalian. Maka dengan itu Kerajaan SAPP berikrar :
-Untuk menambahbaik bekalan air bersih dan tenaga elektrik agar dapat di nikmati oleh semua lapisan masyarakat di Sabah.
-Membina dan menaik taraf serta penambahbaikkan jalanraya luar Bandar.
-Pembinaan dan penambahbaikkan jalan raya dalam Bandar untuk mengurangkan kesesakan lalulintas.
-Sistem Pengangkutan awam akan diselengarakan terutama di dalam kawasan bandar-bandar utama.
10. Pengembalian Labuan
SAPP mencadangkan Labuan dijadikan wilayah pentadbiran istimewa (WPE) berdasarkan perkara-perkara berikut:
-Labuan akan diwakili oleh tiga ahli Dewan Undangan Negeri yang dipilih dalam Dewan Undangan sebagai tambahan kepada ahli Dewan Rakyat (MP) yang di peringkat Persekutuan.
-Status Pusat kewangan Labuan akan dikekalkan autonominya sebagai Pusat Persisiran Kewangan Antarabangsa (IOFC).
-20% dari jumlah royalti minyak yang diterima Sabah akan disalurkan untuk keperluan Labuan.
-Kerajaan SAPP akan membuat desakan terhadap pembinaan jambatan Labuan yang akan menghubungkan tanah besar Sabah dengan pulau tersebut.
11. Persekitaran Mampan
Secara Global Sabah terkenal dengan alam semulajadinya. Adalah amat penting kita menguruskan khazanah dan warisan semulajadi ini dengan secara mampan.
SAPP berikrar:
-Memastikan semua aktiviti pembalakkan dan penanaman semula dijalankan dengan cara terkawal menurut kaedah antarabangsa berdasarkan International Tropical Timber Organisation ( ITTO)
-Mewujudkan satu sistem yang memberi penekanan terhadap sumber pengaliran tenaga.
-Menggalakkan budaya kitar semula dengan mengadakan sistem infrastuktur yang komprehensif dengan bantuan sistem operasi mesra penguna.
-Menyokong dan menggalakkan penggunaan teknologi hijau.
12. Memperkasakan Kaum Belia
SAPP berazam untuk memperkasakan kedudukan kaum belia Malaysia di Sabah. Harapan dan inspirasi belia seharusnya didengar oleh pihak penggubal dasar hari ini. Dengan itu SAPP komited terhadap perkara perkara berikut:
12.1 Program Motivasi dan Dayausaha Belia (PMDB)
Program proaktif ini akan menjadi sebahagian dari keutamaan usaha membasmi pengangguran dikalangan belia di Sabah demi memupuk disiplin, belia pelbagai kemahiran dan satu kuasa yang produktif.
12.2 Sabah Youth Assembly (SYA)
Bermodalkan parlimen Belia United Kingdom, landasan ini menggalakkan orang-orang muda berusia antara 15-25 untuk memilih 'Yang Berhormat Muda' (YBM) mereka. Kawasan yang diwakili adalah dalam struktur kawasan pilihanraya yang ada sekarang. Satu mekanisma akan diwujudkan untuk menggunakan keperluan modal insan yang terdapat dalam organisasi belia yang lain.
12.3 Perkembangan Sukan
SAPP mengambil berat tentang pentingnya sukan dalam pembangunan Negara. Hingga kini SAPP akan menyokong perkembangan sukan dengan memberi perhatian terhadap dana tabung dan infrastuktur kesukanan dan memastikan semua kemudahan ini akan disalurkan kepada semua peringkat.
12.4 Seni dan Kebudayaan Untuk Belia
Menyedari kemunculan generasi berbakat kreatif diSabah, Kerajaan SAPP akan memberi sokongan dan menyediakan dana yang secukupnya untuk perkembangan seni, kebudayaan dan sektor pembuatan perfileman yang begitu giat sekali di Sabah.
13 Memperkasakan Kaum Wanita
SAPP menyedari pentingnya kaum wanita sebagai satu sumber dan memperakui hak asasi wanita terhadap pelbagai peluang, keterbukaan kepada pelbagai sumber, penyertaan dalam proses membuat keputusan dan pendedahan terhadap kuasa. Sokongan padu diberikan kepada kaum wanita dalam apa juga bidang kemajuan masyarakat.
SAPP berikrar:
- akan berusaha untuk mempertingkatkan penyertaan kaum wanita dalam bidang utama pembentukan dasar baik dalam kerajaan atau pun dalam bidang politik.
- menggalakkan kaum wanita dalam penampilan dibidang ekonomi di Luar Bandar dengan memfokuskan kepada apa juga sumber yang ditawarkan.
- memastikan wanita sebagai ketua keluarga akan diberi peluang mendapatkan bantuan perumahan dan kewangan.
14 Pembangunan ICT
Kerajaan SAPP akan melaksanakan satu program berdasarkan bidang kuasa kerajaan negeri dalam perkara penambahbaikan infrastuktur ICT dengan mengambil tindakan berikut:-
- menubuhkan infrastruktur informasi Pan Borneo.
- memberikan perkhidmatan internet percuma untuk semua sekolah di Sabah.
- membina "Pusat E-Tuisyen" yang akan memberi perkhidmatan tuisyen percuma untuk semua sekolah melalui perkhidmatan internet.
15. Penubuhan Suruhanjaya Aktiviti Perjudian
Rakyat Sabah membelanjakan RM 700 juta setiap tahun terhadap aktiviti perjudian berlesen. Ini telah mengakibatkan gejala sosial dan penjejasan ekonomi Sabah yang begitu serius.
SAPP berikrar untuk menubuhkan 'Suruhanjaya Aktiviti Perjudian' bertujuan untuk membasmi dan memantau aktiviti perjudian yang begitu rancak di Sabah.
Suruhanjaya aktiviti perjudian ini akan membuat kajian pemantauan dan mencadangkan kepada kerajaan Negeri dan Pusat tentang dasar dan penguatkuasaan yang diperlukan untuk melindungi ekonomi rakyat dari gejala kotor perjudian.
Khidmat kaunseling akan ditawarkan dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu penagih judi membuang tabiat buruk ini. Usaha khusus akan dilaksanakan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam mengenalpasti dan menghalang aktiviti perjudian internet.
16. Keperluan Tenaga Kerja Dan Pendapatan Sara Hidup
Pengeluaran produktif tenagakerja tempatan telah ketinggalan begitu jauh dibelakang dibandingkan dengan negeri dan kawasan lain. Ini disebabkan oleh kegagalan sistem pembelajaran, dasar tenagakerja dan struktur sosio-ekonomi kita sejak berdekad yang lalu.
SAPP percaya gaji minima untuk tenagakerja tempatan akan berhubungkait dengan pengeluaran produktiviti dan di atas tahap kemiskinan.
Dengan itu, SAPP mempertahankan dasar pendapatan sarahidup. Kita juga memerlukan pekerja asing untuk memenuhi perkembangan ekonomi Sabah, akan tetapi ianya harus diberi perhatian dan pemantauan yang teliti.
Untuk mencapai perseimbangan ini, perundingan secara rapi dan ikhlas harus diadakan antara kerajaan, pertubuhan pekerja, persatuan majikan, konsultan bebas dan pakar perunding. Tujuannya adalah untuk mewujudkan suasana cerah, mesra dagang ekonomi dimana tenagakerja akan dibayar secara adil disekitar suasana kerja yang lebih kondusif.
17. Konsol Asing
Kerajaan SAPP akan mendesak penubuhan Konsol Asing di Sabah seperti Konsul Philipina, Konsul China dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.