`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, April 14, 2013

AWAS! Samseng Umno Makin Menggila Di Seluruh Negara!



Serangan samseng Umno semakin menjadi-jadi kebelakangan ini, tetapi peliknya polis langsung tidak berbuat apa-apa seolah-olah menutup sebelah mata!
Calon Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini memberi amaran kepada Umno Lembah Pantai segera menghenti amalan politik ganas mereka.


Beliau menyifatkan tindakan ganas samseng Umno menyerang sukarelawan yang membantu jentera kempen KEADILAN Lembah Pantai, baru-baru ini sebagai pengecut.
“Mereka (samseng Umno) serang sukarelawan kami secara mental dan fizikal, malah ada diugut dengan parang, ini keganasan melampau.
“Saya mahu pemimpin Umno Lembah Pantai segera ambil anak-anak buah dia, hentikan keganasan politik, kembalikan hak demokrasi politik kami,” katanya.
Ekoran beberapa siri serangan terhadap sukarelawan KEADILAN Lembah Pantai, Nurul Izzah membuat laporan polis tapi tiada tangkapan dibuat.


Pada 26 Mac lalu, empat petugas di khemah Taman Sri Sentosa Utara didatangi dua lelaki yang mengancam mereka dan mengulangi ugutan sama bersama enam lagi samseng.
Mereka mencabut bendera, merampas risalah, mematahkan kaki khemah dan memaki hamun petugas dengan kata-kata kesat, selain merampas sebuahSamsung Galaxy Note milik petugas.


Justeru, Nurul Izzah menggesa tindakan segera dan tegas dilakukan polis bagi menunjukkan ketelusan polis menangani isu keganasan pada kempen pilihan raya.
“Ini bukan serangan pertama tapi sampai saat ini, tiada tindakan serius mahupun tangkapan. Setiap individu berhak dapat perlindungan. Saya ambil berat setiap sukarelawan saya. Sebab itu, saya mahu mereka hentikan tindakan pengecut ini,” katanya.
Bas Jelajah Merdeka Rakyat sudah acap kali mengalami gangguan manakala beberapa markas dan khemah milik PAS pula diserang dan dirobohkan di DUN Chempaka, Pandan semalam.

Ibu pejabat KEADILAN turut diserang samseng upahan Umno beberapa kali tahun ini tetapi malangnya tidak ada tindakan susulan oleh polis walaupun sudah beberapa kali laporan polis dibuat termasuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi pasukan itu.

- Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.