`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, April 29, 2013

Bantahan terhadap arahan mengisi borang identiti kepada tentera yang mengundi awal


SAYA telah mendapat informasi bahawa satu taklimat telah diadakan kepada anggota-anggota tentera pada jam 9 pagi tadi bahawa semua anggota tentera yang akan melaksanakan pengundian awal pada 30 April 2013 dikehendaki mengisi borang identiti dan memasukkan ke dalam sampul serta dimasukkan bersama-sama kertas undi ke dalam peti undi.

Pihak saya telah menghubungi Pengarah SPR Negeri Pahang untuk mendapatkan kesahihan dan kepastian daripada pihak SPR adakah ianya adalah implimentasi oleh pihak SPR dan pihak SPR telah mengesahkan bahawa ia bukan arahan SPR dan dilaksanakan oleh pihak pengurusan tertinggi Kem.

Justeru, selaku Calon P85 Pekan, saya MEMBANTAH tindakan tidak rasional dan tidak demokratik tersebut yang akan dilaksanakan pada hari esok 30 April 2013 semasa pengundian awal yang sudah pasti bertujuan menakut-nakutkan anggota-anggota tentera untuk melaksanakan amalan demokrasi dan kebebasan sebagai warganegara Malaysia.

Saya akan membuat pemantauan esok di kesemua lokasi pengundian awal di kawasan Parlimen Pekan bagi memastikan amalan demokrasi dilaksanakan secara adil dan profesional serta tidak melanggari Hak Asasi Manusia .

PAKATAN HARAPAN RAKYAT

FARIZ MUSA
Calon P85 Pekan

-milosuam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.