`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, April 11, 2013

Bawang Putih Bawang Merah



Pada 8hb yang lalu, Bloomberg yang membuat penganalisaan ‘conclusive’ yang keseluruhan manifesto BN yang dibentangkan oleh Najib itu adalah serupa seperti yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat beberapa minggu yang lepas. Dalam bahasa yang pendek ia bermakna manifesto BN itu adalah ciplak ‘Buku Jingga’ Pakatan Rakyat. Itulah pandangan masyarakat antarabangsa terhadap manifesto BN itu.

Ini kenyataan dan itu lah hakikatnya. Buku Jingga Pakatan Rakyat itu menjadi percetakan yang menjadi ‘reference’ besar bagi UMNO untuk membentuk manifesto BN kerana apa yang terkandung di dalam Buku Jingga itu adalah realistik dan itulah yang telah menyentuh naluri rakyat yang ramai. Sesungguhnya pimpinan BN selama ini adalah dari gulungan yang terlalu ‘kenyang’ dan tidak mempunyai kemampuan untuk membina dasar-dasar yang secocok dengan kehendak rakyat.

Pemimpin UMNO tidak mampu berfikir sendiri kerana mereka adalah dari gulungan yang keliru kerana mereka naik ke tampuk kuasa dengan wang ringgit serta ampu-mengampu, budaya yang menebal dalam parti itu. Ramai pimpinan baik UMNO telah dicantas di semua peringkat  kepimpinan semasa Mahathir menjadi PM. Yang celik hanya Dr Mahathir seorang. Itu sebabnya dalam UMNO hanya pucuk pimpinan sahaja yang dibenarkan berfikir. Yang lain hanya ditugaskan untuk mengangguk dan bertepuk tangan apabila pucuk pimpinannya berucap bergegar-gegar.

Beliau tidak perlukan pemimpin-pemimpin yang baik. Mahathir hanya memerlukan pemimpin yang akur untuk mengekalkan kuasa beliau (Mahathir) sahaja. Mahathir tidak pernah membina kepimpinan pelapis. Ini sahajalah hasil kepimpinan yang diwarisi kepada kita kini. Oleh kerana kepimpinan sebenarnya sudah tiada, maka UMNO terpaksa hidup dengan kepimpinan yang ada hari ini. Bak kata perpatah, ‘Tidak ada rotan akar pun berguna juga’. Maka Najib dan Muhyiddin pun terus menjadi orang penting negara.

Ada ramai pelajar mendapat markah cemerlang walaupun tidak pernah pandai dalam pelajarannya. Tetapi mereka ini ramai juga yang mendapat markah yang tinggi kerana pandai meniru. Ramai siswazah lanjutan mendapat Doktor Falsafah dan ada di kalangan mereka mendapat gelaran ‘DR’ kerana thesis mereka di buat oleh orang lain. Yang perlu bagi mereka ialah menyediakan wang yang secukupnya untuk membayar sesiapa yang membantu mereka mendapatkan ijazah lanjutan itu.

Gelaran ‘DR’ yang terhasil dari tiru meniru itu lah yang ditayangkan dan mengakui mereka lah yang pandai dalam segala-galanya. Tetapi oleh kerana ‘Doctorate’ yang mereka dapati itu bukan hasil dari keringat dan usaha mereka yang sebenarnya itu, maka terdengarlah kata-kata dan ungkapan yang tidak ‘commensurate’ dengan gelaran yang di junjung mereka ke hulu dan ke hilir itu.

Itu jugalah yang berlaku dalam isu manifesto BN ini yang asas pembentukannya adalah dari Buku Jingga Pakatan Rakyat. BN hendak mengambil untung dari Buku Jingga Pakatan Rakyat itu. BN hendak ambil yang cantik dalam Buku Jingga yang mereka kritik keras itu. Segala-galanya mereka hendak tunjukkan kepada rakyat itu adalah hasil pemikiran dan kerja mereka.

Kalau kita tengok filem ‘Bawang Putih Bawang Merah’ kita akan mudah memahami isu manifesto BN ini. BN itu membawa watak Bawang Putih dan Pakatan Rakyat itu memegang watak Bawang Merah. Bawang Putih cuba sedaya upaya untuk meniru kemerduan suara Bawang Merah menyanyi untuk menambat hati anak seorang Raja yang sedang mencari siapa gadis yang di dengarnya menyanyi dengan merdu itu.

Apabila Bawang Putih cuba mengambil alih watak Bawang Merah, Bawang Putih pun terus menyanyi lagu nyanyian Bawang Merah itu. Apabila Bawang Putih menyanyikan lagu yang selalu dinyanyikan Bawang Merah itu, bunyi nyanyian Bawang Putih itu ibarat ‘kambing naik junjung’. Tak sedap langsung di dengar. Berkerut muka anak Raka itu mendengarnya.

Anak Raja yang mendengarnya tidak tertarik dan terus sahaja anak Raja itu mencari siapa sebenarnya yang menyanyikan lagu yang merdu itu. Akhirnya anak Raja itu berjaya menjejaki Bawang Merah dan Bawang Merah dipinang oleh anak Raja dan terus berkahwin. Maka Bawang Merah yang ‘original’ itu akhirnya mendapat kasih sayang anak Raja itu.

Dalam isu ‘manifesto’ BN dan Pakatan Rakyat ini, akhirnya rakyat yang menjadi Raja itu akan tertarik dan menerima Pakatan untuk Pilihanraya ini. Rakyat yang menjadi Raja itu akhirnya akan tahu siapa yang sebenarnya berkemampuan untuk melahirkan manifesto yang baik itu.

Bawang Putih itu sesungguhnya perempuan yang tidak tahu malu

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.