`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 11, 2013

PRU13: Orang Muhyiddin, Mahathir berebut jadi calon PRU


k

KUALA LUMPUR :  Perebutan kerusi antara kem Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad antara punca Datuk Seri Najib Razak lewat mengumumkan senarai calon pilihan raya umum, kata Datuk Johari Abdul. 

Beliau berkata, ia bermaksud Umno kini berpecah kepada tiga kumpulan utama iaitu kem Mahathir,  Najib dan Muhyiddin.

Najib dalam taklimat tertutup kepada pimpinan komponen BN hari ini memberi ingatan kepada ahlinya yang tidak terpilih sebagai calon supaya mematuhi keputusan pimpinan dan ‘hanya merajuk’ dalam 24 jam sahaja.

Menurut Johari, peringatan Najib itu bukan sekadar menggambarkan kebimbangan  berlakunya sabotaj dalam parti itu, tetapi mengesahkan BN tidak mempunyai kesepakatan dalam PRU kali ini.

“Kita sudah menjangkakan dari awal akan berlakunya konflik ini kerana Timbalan beliau, Muhyiddin (Yasin) dan mantan Perdana Menteri, Mahathir masing-masing mahu meletakkan orang-orang mereka untuk bertanding,”

“Najib tidak berani buat keputusan sebab takut disanggah Muhyidin dan Mahathir. Ia ternyata memberikan kelebihan untuk kita (Pakatan Rakyat),” katanya menyifatkan perpecahan dalaman yang kronik  ini tidak mampu diselesaikan Najib.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu menambah,  beliau percaya  Mahathir akan lebih banyak mempengaruhi keputusan pemilihan calon yang akan dibuat presiden Umno itu.

“Kita lihat situasi sekarang ini, Mahathir ke hulu ke hilir berkempen. Untuk apa beliau berkempen? Sudah tentu bersebab.

“Mahathir mahukan orang dia bertanding. Saya yakin Umno BN tidak akan pernah lepas dari cengkaman Mahathir dan dia akan menggunakan pengaruhnya dalam pemilihan senarai calon, sekaligus melebarkan pergaduhan sesama sendiri dalam parti mereka,” katanya yang akan mempertahankan kerusi parlimen Sungai Petani.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.