Terbukti BN terpaksa menelan kata kata mereka terhadap manisfesto PR konun semua manisfesto PR adalah populis semata mata.
Menjelang PRU 13 ini BN kini dilihat seakan terdesak untuk menambat kembali hati rakyat dan pengundi . Semenjak berlaku tsunami politik pada PRU12 ,BN seakan baru terjaga dari lena yang panjang.
Terkejut bukan kepalang akan kebangkitan musuh politik dengan berjaya menghakis kuasa 2/3 majority serta BN kehilangan 5 buah negeri .Maka hari ini BN terpaksa akur dengan kuasa rakyat .
Semenjak itu BN dilihat bergitu banyak menjalankan dasar untuk populis dengan mengula gulakan rakyat dengan bermacam saguhati dalam pelbagai bentuk seperti BRIm ,KRiM dan sebagainya kerana mahu memancing undi dari rakyat.
Paling mencuri tumpuan ialah BN terpaksa meniru bulat bulat apa yang di bentangkan dalam manifestor PR.
Selapas meniru penurunan harga kereta ,semalam sekali lagi BN meniru bulat bulat idea kerajaan PR dimana manifesto yang dibentangkan oleh BN semalam akan meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu sepertimana yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.
Dengan menciplak pemberian air percuma oleh BN membuktikan apa yang di perjuangkan oleh PR selama ini terbukti menepati kehendak membela rakyat.
Sebelum ini BN dengan lantang menempelak manisfesto PR konun akan membuat negara muflis serta hanya untuk populis semata mata.
Dengan peniruan manisfesto oleh BN Ini bermakna apa yang di perjuangkan oleh PR ternyata betul untuk membela rakyat.
Kita percaya andai kata PR menawan Putra Jaya dan janji untuk menurunkan harga minyak dilaksanakan seperti apa yang ada didalam buku jingga ,nescaya pada PRU 14 nanti BN pasti akan meniru juga untuk menurunkan harga minyak ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.